CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7006|Reply: 0

'Salah akan menjadi raja di Saudi'

[Copy link]
Post time 20-2-2024 04:11 PM | Show all posts |Read mode

SALAH jadi buruan Al-Ittihad.

London: Mohamed Salah 100 peratus pasti meninggalkan kelab pada musim panas akan datang dengan Liga Pro Saudi menjadi destinasinya selepas ini, menurut legenda Liverpool Mark Lawrenson.

Salah hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Al-Ittihad pada musim panas lalu yang bidaan berjumlah £200 juta (RM1.2 bilion) ditolak sehari sebelum tamat jendela perpindahan pada Ogos.

Bintang Mesir itu terus kekal dan kini menduduki tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 15 gol.

Salah terlepas beberapa aksi beberapa minggu lalu selepas mengalami kecederaan pada kejohanan Piala Negara-Negara. Dia tampil kali pertama tahun ini ketika masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol ketika Liverpool menewaskan Brentford 4-1 Sabtu lalu.



Pemain berusia 31 tahun itu melanjutkan kontrak pada musim panas 2022 untuk kekal di Anfield sehingga 2025 tetapi masih belum bersetuju dengan terma baharu walaupun laporan November lalu membayangkan kesediaan Salah melakukannya.

Perpindahan lumayan ke Liga Pro Saudi membolehkan dia muncul antara pemain berpendapatan paling mewah di dunia sekali gus tawaran itu terlalu sukar ditolak.

Lawrenson yang menjuarai lima gelaran Divisyen Satu dan Piala Eropah ketika bersama Liverpool pada era 80-an percaya perjanjian sebenarnya sudah dipersetujui pada musim panas lalu untuk Salah meninggalkan Anfield dengan Arab Saudi menjadi destinasi seterusnya.

Menurutnya kepada Paddy Power: "100 peratus, Mo Salah akan pasti angkat kaki pada musim panas ini. Tidak kira apa berlaku pada musim ini dan saya fikir terdapat perjanjian pada musim panas lalu.

"Dia akan pergi dan beraksi di tempat lain terutamanya Arab Saudi. Liverpool akan mendapat yuran lumayan dan mendapat beberapa pemain baharu. Salah akan menjadi raja di Saudi.

"Dia sepatutnya pergi musim panas lalu dan menyerbu pejabat Jurgen Klopp dan kata, 'saya mahu pergi', tetapi dia tak melakukannya.

"Beberapa pemain baharu yang datang tahu mereka bersaing untuk mendapatkan tempat dan ia bagus selagi mereka tidak tercedera.

"Anda boleh lihat Diogo Jota, Darwin Nunez dan Luis Diaz bermain sesama sendiri. Mereka jaringkan gol ketika menentang Burnley. Apabila Salah pergi dan saya fikir pasti pergi, Liverpool akan mendapat beberapa pemain untuk mengisi kekosongan itu."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... njadi-raja-di-saudi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.043144 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list