CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8006|Reply: 0

JDT tak pernah tewas kepada Selangor 8 tahun - Tunku Mahkota Ismail

[Copy link]
Post time 20-2-2024 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Pemilik pasukan JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergambar bersama pasukan. - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menyindir pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), Selangor.

Menerusi satu komen di laman Instagram JDT, officialjohor, Tunku Mahkota Ismail menjelaskan Harimau Selatan tidak pernah tewas kepada Gergasi Merah selama lapan tahun.

Malah, baginda mendakwa bahawa juara Piala Malaysia 33 kali itu layak ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 atas bantuan JDT.

"4-0 away (tempat lawan), 4-0 home (gelanggang sendiri), 2-0 home. Jumlah agregat 10-0… last time (kali terakhir) JDT kalah dengan Selangor FA zaman Datuk Subahan. Ketika itu bajet (RM) 14 juta sahaja.


"Semenjak kroni FC ambil alih, JDT tak pernah kalah selama lapan tahun dengan Selangor baru. 46 juta setahun kerajaan bantu and masih gagal selama lapan tahun.

"Main ACL2 pun dengan bantuan JDT punya sumbangan mata dan masih 'berhalusinasi dan tak boleh terima hakikat'.

"Hentam pengurusan lama tetapi dakwa kejayaan mereka. Loser. Syabas dan salute kepada semua Presiden Selangor FA yang berjaya dan mencipta sejarah buat Selangor," kata Tunku Mahkota Ismail.

JDT dan Selangor bertembung sebanyak tiga kali musim lalu yang mana Harimau Selatan menang 4-0 dan 2-0 dalam saingan Liga Super selain turut menewaskan Gergasi Merah 4-0 di peringkat separuh akhir Piala FA.

Selangor meraih slot ke ACL2 selepas muncul naib juara Liga Super di belakang JDT yang meraih gelaran buat kali ke-10 berturut-turut sejak 2014.
https://www.bharian.com.my/sukan ... unku-mahkota-ismail
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.036082 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list