CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8242|Reply: 0

Glasner ganti Hodgson di Crystal Palace

[Copy link]
Post time 20-2-2024 11:37 AM | Show all posts |Read mode

Pengurus baharu Crystal Palace, Oliver Glasner (tengah depan) menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Everton di Goodison Park, Liverpool awal pagi tadi bersama pengerusi kelab Steve Parish (kiri). – Foto AFP

LONDON: Crystal Palace menamakan bekas bos Eintracht Frankfurt, Oliver Glasner sebagai pengurus baharu mereka lewat malam tadi selepas mengesahkan Roy Hodgson meletak jawatan susulan beberapa keputusan buruk buat kelab bermasalah Liga Perdana Inggeris itu.

Hodgson, bekas bos England yang semakin tertekan, dimasukkan ke hospital selepas jatuh sakit ketika sesi latihan minggu lalu ketika laporan berlegar beliau akan dipecat.

Hodgson, 76, berkata dalam satu kenyataan kelab beliau berundur untuk membolehkan kelab itu "meneruskan perancangan mereka dengan membawa masuk pengurus baharu."

Tidak lama kemudian, Palace mengumumkan mereka melantik Glasner sebagai pengganti Hodgson, dengan warga Austria itu menandatangani perjanjian hingga hujung musim 2025-26.


"Saya amat gembira untuk menyertai Crystal Palace FC sebagai pengurus," kata jurulatih berusia 49 tahun itu, yang mengemudi Eintracht Frankfurt menjuarai Liga Europa pada 2022 dan turut mengurus LASK dan Wolfsburg.

"Saya tidak sabar untuk bekerja dengan skuad berbakat, bertemu penyokong kelab dan mengalami suasana Selhurst Park yang banyak saya dengari sebelum ini."

Palace berdepan masalah selepas tumpas 10 daripada 16 perlawanan terakhir liga untuk merudum ke tangga ke-16 liga, hanya lima mata di atas pasukan ketiga tercorot Everton, yang ditemui mereka awal pagi tadi dan berakhir seri 1-1.

Pembantu Hodgson, Paddy McCarthy dan Ray Lewington mengendalikan pasukan bagi perlawanan di Goodison Park.

Perlawanan terakhir Hodgson sebagai bos Palace adalah kekalahan 3-1 di laman sendiri menentang Chelsea pada 12 Februari lalu, kekalahan yang hadir selepas dimalukan musuh tradisi Brighton 4-1. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... n-di-crystal-palace
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.042563 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list