CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7630|Reply: 0

Dion Cools buat Pan-gon ‘pening kepala’

[Copy link]
Post time 20-2-2024 11:08 AM | Show all posts |Read mode

COOLS (kiri) memberikan idea baharu kepada Pan-gon untuk meletakkannya beraksi di posisi sayap bagi aksi bertemu Oman bulan depan.

AKSI cemerlang Dion Cools bersama Buriram United di posisi sayap memberikan idea baharu buat pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon untuk me­nyiapkan percaturan lebih baik menjelang kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan.

Walaupun lebih si­nonim sebagai pemain pertahanan, pe­ngalaman luas bintang wa­risan negara itu di pentas Eropah sudah terbukti apabila menyumbangkan satu gol untuk memacu Buriram melakar kemenangan 4-3 ke atas Trat FC pada aksi Liga Thailand kelmarin.

Ia adalah jaringan sulung bintang berusia 27 tahun itu dalam 18 aksi sejak mula menyertai skuad Thunder Castle tersebut pada Januari tahun lalu, sekali gus memberi nilai tambah kepada pengendali Buriram, Arthur Papas dan Pan-gon.

Secara tidak langsung, saham Cools juga pastinya melonjak tinggi dan memberi kesukaran kepada mana-mana kelab Liga Malaysia (Liga M) yang berhasrat untuk mendapatkan khidmatnya.

Sebagai rekod, Cools menjadi tonggak utama skuad Harimau Malaya dalam kempen Piala Asia 2023 termasuk ketika mengikat Korea Selatan 3-3 pada aksi ­terakhir Kumpulan E hujung ­bulan lalu.

Selepas ini, Harimau Malaya bakal meneruskan aksi Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Oman di Muscat sebelum menerima kunjungan skuad Samba of the Gulf di Stadium Nasional Bukit Jalil empat hari kemudian.

Ketika ini, Malaysia berada di landasan terbaik untuk mem­buru slot ke Piala Asia 2027 secara me­rit dan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -gon-pening-kepala/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.031537 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list