CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8111|Reply: 0

Messi Ganu, Arif Fadzilah bakal 'berpisah' dengan TFC

[Copy link]
Post time 18-2-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Faiz bakal dipinjamkan kepada KCFC selama semusim.

KUALA TERENGGANU: Bagi memastikan kantung pasukan tidak berdepan masalah, Terengganu FC (TFC) bakal meminjamkan dua pemainnya kepada pasukan lain dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, pemain berkenaan adalah Muhammad Arif Fadzilah Abu Bakar dan pemain yang digelar 'Messi Ganu', Mohd Faiz Nasir.

Jelas Mohd Sabri, pemain pertahanan dan sayap itu bakal dipinjamkan kepada pasukan Kuching City FC (KCFC) selama satu musim sehingga selesai liga pada April tahun depan.

"Selain Kuching City yang berminat untuk mendapatkan khidmat Faiz, pasukan negeri kelahirannya iaitu Kelantan United FC (KUFC) juga turut berminat untuk mendapatkan bekas pemain sayap skuad kebangsaan itu.



"Arif Fadzilah pula hampir pasti bakal menyarung jersi skuad Pulau Borneo itu, namun Faiz masih lagi di peringkat rundingan sama ada berhijrah ke Sarawak ataupun KUFC.

"Namun sehingga kini kedua-dua pemain itu masih lagi pemain TFC, pada masa sama ada lagi pemain yang bakal dipinjamkan bagi memastikan kantung pasukan tidak terjejas dalam mengharungi kancah Liga M," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum dengan Koridor Utiliti Teknologi Terengganu (KUTT) di Gong Badak sebentar tadi yang turut dihadiri Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Marzuki Sulong dan Ketua Pegawai Eksekutif KUTT, Ir Ahmad Azhan Suhaili @Ismail.

https://www.bharian.com.my/sukan ... berpisah-dengan-tfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.684716 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list