CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6702|Reply: 0

Klopp cipta sejarah 132 tahun, bentuk pasukan dari 11 negara berbeza

[Copy link]
Post time 18-2-2024 11:08 AM | Show all posts |Read mode

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp memeluk salah seorang pemainya pada perlawanan menentang Brentford semalam.

London: Liverpool ternyata gemar melakukan sesuatu diluar kotak apabila menurunkan 11 pemain yang datang daripada negara berbeza untuk mencipta kemenangan 4-1 mengatasi Brentford.

Selepas beberapa pemain seperti Trent Alexander-Arnold, Alisson Becker, Thiago Alcantara, dan Dominik Szoboszlai mengalami kecederan, pengurus Liverpool Jurgen Klopp membuat perubahan membabitkan pasukannya.

Menariknya, Klopp membuat perubahan dengan berjaya membentuk pasukan yang mempunyai latar belakang berbeza sekali gus mencipta sejarah 132 tahun mereka.

Pengurus berasal dari Jerman itu membariskan penjaga gol Ireland Caoimhin Kelleher dan barisan pertahanan tediri daripada Conor Bradley dari Ireland Utara, Ibrahima Konate (Perancis), Virgil van Dijk (Belanda) dan Andrew Robertson dari Scotland.



Curtis Jones adalah satu-satunya pemain England selain Alexis Mac Allister dari Argentina dan Wataru Endo (Jepun).

Barisan hadapan diterajui Diogo Jota dari Portugal, Luis Diaz (Columbia), dan Darwin Nunez (Uruguay) sebelum pemain gantian Mohamed Salah dari Mesir masuk ke padang.

Nunez, Mac Allister, Salah, dan Cody Gakpo mencetak nama sebagai penjaring sekali gus membantu Liverpool memperoleh 57 mata dengan terus menerajui Liga Perdana Inggeris.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-11-negara-berbeza
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.076233 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list