CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8296|Reply: 0

FAM harap trio pengadil kekal prestasi

[Copy link]
Post time 17-2-2024 03:07 PM | Show all posts |Read mode

Sivasundram (tengah) mengadakan pertemuan dengan trio pengadil yang mengadili aksi Piala Asia di Doha.

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengharapkan trio pengadil negara yang bertugas di Piala Asia 2023 iaitu Muhammad Nazmi Nasaruddin, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid dapat terus mengekalkan prestasi mereka selepas ini.

Nazmi yang juga pengadil utama serta Zairul dan Arif sebagai pembantu pengadil memperagakan persembahan membanggakan pada saingan di Doha, Qatar sehingga menyaksikan Nazmi dipilih sebagai calon Pengadil Piala Dunia 2026.

Nazmi dipilih secara merit untuk menyertai Kursus 'Calon Piala Dunia FIFA 2026 yang akan diadakan bermula 25 hingga 29 Februari di Doha, Qatar.

Timbalan Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram mengharapkan Nazmi dapat melakukan yang terbaik supaya dapat terpilih ke Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.



"Tahniah kepada Nazmi, Zairul dan Arif Shamil atas prestasi cemerlang yang ditunjukkan pada Piala Asia 2023 di Qatar tempoh hari. Kami di FAM memberi segala bantuan kepada anda semua dan akan terus memberi sokongan kepada anda bertiga.

"Harapan saya, kekalkan prestasi yang tinggi semasa menghadiri kursus dan perlawanan-perlawanan di peringkat FIFA dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

"Ini adalah satu permulaan yang amat baik kerana dipilih sebagai calon Pengadil Piala Dunia 2026 dan diharap Nazmi, Zairul dan Arif Shamil akan berjaya terpilih sebagai trio pengadil dari Malaysia ke Piala Dunia 2026 nanti," kata Sivasundaram.

Sementara itu, Nazmi turut bertekad untuk berjuang sehabis mungkin supaya dapat terpilih untuk mengendalikan perlawanan di pertandingan tertinggi bola sepak dunia itu.

"Terima kasih kepada FAM yang banyak membantu kumpulan pengadil daripada Malaysia. Kami tekad untuk terus berjaya dan mencuba sebaik mungkin untuk menjadi pengadil Piala Dunia 2026.

"Kami mohon dari seluruh penyokong Malaysia supaya dapat merealisasikan impian kami ke Piala Dunia 2026," kata Nazmi.
https://www.bharian.com.my/sukan ... adil-kekal-prestasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.117888 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list