CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9666|Reply: 0

Guardiola sangkal dakwaan gaya City membosankan

[Copy link]
Post time 17-2-2024 12:46 PM | Show all posts |Read mode

Pep Guardiola (atas kanan) menempelak pandangan Gary Neville (bawah kanan) mengenai corak permainan Manchester City yang didakwa tidak menarik. – Foto AGENSI

LONDON: Pep Guardiola tidak peduli dengan kritikan mengenai gaya permainan Manchester City selepas Gary Neville mendedahkan beliau terlalu bosan untuk menonton aksi pemenang treble itu minggu ini.

City membenam Copenhagen dengan persembahan tanpa kesilapan dalam Liga Juara-Juara tetapi Neville, bekas pemain pertahanan Manchester United, menyimpulkan kemenangan 3-1 itu terlalu membosankan.

Jamie Carragher muncul pengulas terbaharu menyatakan perlawanan City tidak menarik - sekalipun anak buah Guardiola hanya tidak dibolosi dua kali dalam 13 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris mereka.

"Ia bergantung kepada kami dan bagaimana kami berpuas hati - ia mengenai apa yang kami ada," kata Guardiola.



"Jika orang lain tidak menghargainya, tidak mengapa. Ia bukan satu masalah besar.

"Kami masih berada di sini, yang pentingnya adalah berasa tenang untuk diri sendiri. Bukan kerana pujian dari luar atau kecaman dari luar."

Neville turut melabel City sebagai 'tidak menyeronokkan untuk ditonton', tanggapan yang ditolak oleh Roy Keane, yang memuji pasukan Guardiola sebagai 'cemerlang'.

Warga Catalunya itu percaya pakar permainan sebenarnya memuji City.

"Apa yang boleh saya katakan?" kata Guardiola.

"Tidak mengapa. Terima kasih [Neville] kerana pujian itu. Setiap perkara terlalu sukar dalam bola sepak.

"Kami dikagumi, saya agak pasti mengenainya, oleh orang dalam dunia bola sepak yang tahu betapa sukarnya untuk berada dalam saingan bagi semua pertandingan dalam enam atau tujuh tahun.

"Saya akan beritahu anda sesuatu, pada masa depan anda tidak akan lupa. Ia kelihatan mudah tetapi sebenarnya tidak.

"Ingat perkataan ini: ia kelihatan mudah tetapi sebenarnya tidak. Lawan menghormati kami. Kadang-kadang bagi sesetengah orang ia tidak cukup dengan apa yang kami buat tetapi saya tahu betapa sukarnya ia." – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ya-city-membosankan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.139576 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list