CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5684|Reply: 0

TFC dapat tajaan RM500,000

[Copy link]
Post time 15-2-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode

PENGERUSI Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Razali Idris (lima kanan) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Sabri (empat kanan) dengan Zakaria (lima kiri) di Rimba Razia, Kampung Dusun hari ini. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Naib juara Piala Malaysia musim lalu, Terengganu FC (TFC) terus rancak menjalin kerjasama strategik dalam mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) pada Mei ini.

Terbaharu, Rimba Razia Petting Zoo yang bertempat di Hulu Terengganu menjadi syarikat terbaharu menjalin kerjasama dengan kelab dari Pantai Timur itu selama semusim.

Pengerusi Eksekutif Rimba Razia, Datuk Seri Zakaria Abdul Razak berkata, kerjasama itu sebagai tanda sokongan kepada sukan bola sepak negeri yang terus cemerlang bukan sahaja dalam negara malah juga di pentas Asia.

Jelasnya, buat kali pertama kerjasama itu, pihaknya bersetuju menaja RM500,000 berbentuk tunai dan tiga kenderaan pacuan empat roda kepada Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd.


"Ini satu sumbangan sebagai obligasi daripada syarikat kami kepada pembangunan bola sepak negeri, kita mengharapkan sumbangan ini dapat meningkatkan lagi pencapaian dan mutu bola sepak negeri berbanding musim lalu.

"Tahun lalu muncul naib juara Piala Malaysia, tidak mustahil pada tahun ini mampu merangkul sekurang-kurangnya satu trofi kejuaraan," katanya ketika Majlis Menandatangani Penajaan bersama TFC Sdn Bhd di Rimba Razia hari ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pat-tajaan-rm500000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.043792 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list