CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8556|Reply: 0

Adam letak harapan sarung jersi Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 15-2-2024 02:36 PM | Show all posts |Read mode

ADAM dijangka sertai pasukan lain pada musim ini. FOTO JOHOR SOUTHERN TIGERS

Kuala Lumpur: Jika ada kemahuan sudah pastinya ada kejayaan. Perumpamaan itu sesuai digambarkan kepada bekas kapten skuad B-23 tahun negara, Adam Nor Azlin yang melihat peluangnya untuk beraksi bersama skuad kebangsaan tetap ada dengan syarat perlu berusaha lebih kuat dalam saingan Liga Super kelak.

Menyedari cukup sukar untuk menembusi senarai pasukan kebangsaan, Adam tidak mahu terlalu awal berputus asa apabila akan berusaha keras bagi menambat hati pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkata, dia masih lagi menyimpan impian untuk menyarung jersi skuad kebangsaan walaupun perlu bersaing hebat dengan pemain lain.

"Sudah semestinya, saya sudah lama tak beraksi di Liga Super, jadi untuk membina semula nama saya mahu beraksi dan sasaran saya, kalau ada rezeki saya nak kembali bermain bersama pasukan kebangsaan.



"Mungkin saya perlu bekerja keras lagi seperti sebelum ini kerana dahulu saya pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan. InsyaAllah dalam bola sepak tiada yang mustahil," katanya.

Mengikut rekod, selepas enam musim menabur bakti di JDT, Adam kini sudah tidak lagi terikat dengan kem Harimau Selatan.

Pemain terbabit dijangka akan berhijrah ke pasukan lain bagi mengharungi kempen Liga Super yang bakal bermula pada Mei depan.

Destinasi kelab baharu Adam masih lagi menjadi tanda tanya sama ada dia memilih ke pasukan Perak ataupun Sri Pahang.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ersi-harimau-malaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.170162 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list