CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7282|Reply: 0

Piala Asia: Lee Kang-in akui ‘tumbuk’ Son Heung-min

[Copy link]
Post time 15-2-2024 02:24 PM | Show all posts |Read mode

Lee Kang-in dan Son Heung-min didakwa bergaduh sebelum aksi separuh akhir Piala Asia 2023 yang lepas.

PARIS – Bintang muda Korea Selatan, Lee Kang-in akhirnya memohon maaf secara terbuka selepas terpalit isu kontroversi menumbuk kapten negaranya, Son Heung-min sewaktu kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar baru-baru ini.

Sebagai rekod, Heung-min dan Kang-in dilaporkan bergaduh sehari sebelum aksi separuh akhir Piala Asia bertemu Jordan selepas penyerang Tottenham Hotspur itu menegurnya supaya tidak bermain pingpong.

Situasi tersebut menyaksikan Kang-in yang mewakili Paris Saint-Germain (PSG) dikecam hebat seluruh peminat bola sepak Korea Selatan sehingga digelar ‘budak nakal’ kerana menjejaskan keharmonian pasukan itu.

Kang-in yang berusia 23 tahun, tampil memohon maaf kepada Heung-min dan rakan-rakan sepasukan lain kerana tidak mendengar nasihat selain bersikap mementingkan diri sendiri.

“Seperti yang tular ketika ini mengenai dakwaan saya bergaduh dengan Heung-min sebelum aksi separuh akhir Piala Asia yang lepas, saya memohon maaf dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

“Saya sedar telah melakukan kesilapan besar kerana mengecewakan peminat bola sepak tanah air dan sepatutnya mendengar setiap arahan yang diberikan oleh pemain senior.

“Saya harap apa yang berlaku menjadi pengajaran buat saya untuk bersikap lebih positif pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, Heung-min mengalami patah jari susulan insiden pergaduhan tersebut, tetapi tetap diturunkan ketika Korea Selatan tewas 0-2 kepada Jordan pada aksi separuh akhir itu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... mbuk-son-heung-min/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.037124 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list