CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6837|Reply: 0

PSG bawa bekalan selesa ke Sociedad

[Copy link]
Post time 15-2-2024 10:56 AM | Show all posts |Read mode

MBAPPE (kiri) meraikan jaringannya. FOTO REUTERS

Paris: Kylian Mbappe menjaringkan gol pembukaan ketika Paris Saint-Germain (PSG) mengorak langkah besar untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Real Sociedad pada aksi pertama pusingan 16 terakhir, awal pagi tadi.

Persembahan separuh masa pertama PSG yang biasa-biasa saja di Parc des Princes mungkin mula mencetuskan rasa bimbang penyokong mereka kerana kelab itu sering berdepan kekecewaan apabila beraksi di pusingan kalah mati di Liga Juara-Juara.

Tetapi Mbappe, yang dijangka meninggalkan kelab pada penghujung musim ini apabila kontraknya tamat, memecah kebuntuan menerusi gol dari jarak dekat pada minit ke-58.

Bradley Barcola kemudian menambah gol kedua minit ke-70 untuk menjadikan kedudukan 2-0 dan memberikan juara Perancis itu bekalan selesa menjelang kunjungan ke Sepanyol untuk aksi timbal balik awal bulan depan.



"Kami berjaya menjaringkan gol pada detik-detik penting. Kami gembira dengan langkah pertama ini.

"Masih banyak yang perlu dilakukan tetapi ia sesuatu yang bagus dapat pergi ke sana dengan kelebihan gol," kata Mbappe kepada stesen penyiar Canal Plus.

Kapten PSG, Marquinhos menambah: "Kami menghadapi kesukaran pada separuh masa pertama tetapi kami sedar perkara itu akan berlaku.

"Jurulatih memberi kata-kata semangat ketika rehat separuh masa pertama dan saya rasa itu membantu kerana pemain menunjukkan prestasi lebih baik pada separuh masa kedua.

"Kami tahu betapa pentingnya untuk menang di tempat sendiri tetapi ia belum berakhir. Kami perlu mengekalkan fokus yang sama, terus bermain dengan baik dalam liga dan kemudian pergi ke sana dan bermain dengan baik untuk memastikan layak ke pusingan seterusnya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -selesa-ke-sociedad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.034518 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list