CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6790|Reply: 0

Ronaldo terus tunjuk taring di Liga Juara-Juara Asia

[Copy link]
Post time 15-2-2024 10:55 AM | Show all posts |Read mode

RONALDO (kiri) meraikan jaringannya. FOTO AFP

Riyadh: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol peribadi ke-21 musim ini dan keempat di Liga Juara-Juara Asia ketika membantu Al Nassr menewaskan Al Fayha 1-0 dalam perlawanan pusingan 16 terakhir, awal pagi tadi.

Di Stadium Putera Faisal bin Fahd di Riyadh, bintang Portugal berusia 39 tahun itu bergelut pada awal permainan untuk menembusi lawan yang menduduki tangga ke-14 dalam Liga Pro Saudi.

Al Fayha adalah salah satu daripada dua pasukan di liga domestik yang berjaya menghalang Ronaldo daripada menjaringkan gol, dan ia seakan menjadikannya perlawanan ketiga.

Bagaimanapun pada minit ke-81, Ronaldo melambung bola melepasi penjaga gol, Vladimir Stojkovic selepas bermain satu dua dengan Marcelo Brozovic.


Ronaldo sebelum ini terlepas peluang yang lebih terbuka pada separuh masa pertama, namun percubaan lemahnya berjaya diselamatkan oleh Stojkovic.

Dalam perlawanan lain, Bangkok United menjaringkan gol pada masa kecederaan ketika menentang Yokohama F Marinos untuk memaksa keputusan seri 2-2, manakala FC Nasaf dan Al Ain seri tanpa jaringan.

Jeonbuk Hyundai Motors dari Korea Selatan selangkah lagi untuk mara ke suku akhir selepas menang 2-0 ke atas Pohang Steelers.

Di Stadium Piala Dunia Jeonju, Jeonbuk, juara pada edisi 2006 dan 2016, menjaringkan gol menerusi penyerang dari Brazil, Hernandes pada minit ke-17 dan Ahn Hyun-beom menggandakan jaringan pada minit ke-64.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ga-juara-juara-asia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037096 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list