CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6822|Reply: 0

Nazmi makin hampir ke Piala Dunia 2026

[Copy link]
Post time 15-2-2024 10:51 AM | Show all posts |Read mode

NAZMI (tengah) ketika ditugaskan mengadili aksi pusingan 16 terbaik Piala Asia antara Uzbekistan menentang Thailand di Doha, Qatar baru-baru ini. – FAM

PENGADIL elit tempatan, Muhammad Nazmi Nasaruddin berpotensi melakar sejarah menjadi pe­ngadil utama Piala Dunia selepas terpilih menyertai kursus Calon Piala Dunia 2026 anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan nama Nazmi ‘sangkut’ untuk menjadi calon pengadil Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

“Nazmi yang mula menceburi bidang pengadil bola sepak sejak 2010 muncul pengadil Malaysia pertama me­ngadili perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) di Thailand pada tahun lalu.

“Selain itu, Nazmi turut dijemput untuk me­ngadili beberapa perlawanan Liga Arab Saudi 2023 dan dia diiktiraf sebagai pengadil VAR pertama di Malaysia oleh FIFA.

“Sekali lagi sejarah tercipta apabila Nazmi dipilih mengadili aksi peringkat kumpulan, Iraq menentang Vietnam dan perlawanan pusingan 16 terbaik, Uzbekistan menentang Thailand pada Piala Asia 2023.

“Prestasi cemerlang Nazmi mendapat pengiktirafan daripada FIFA dan AFC, sekali gus membolehkan Nazmi dipilih ­secara merit sebagai ‘Calon Piala Dunia FIFA 2026,” menurut ke­nyataan daripada FAM.

Nazmi akan menjalani kursus tersebut bermula 25 hingga 29 Februari ini di Qatar yang me­nyaksikan dia akan diuji menerusi beberapa siri kursus anjuran FIFA dan AFC.

Sebelum ini, Malaysia memiliki pengadil yang bertugas di Piala Dunia 2010 iaitu Subkhiddin Mohd. Salleh sebagai pegawai keempat sebelum terbabit ­dengan Piala Dunia 2014 dan 2018 selaku Instruktur Teknikal Pengadil.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... e-piala-dunia-2026/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038638 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list