CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6385|Reply: 0

EPL: Salah ceriakan kem Liverpool

[Copy link]
Post time 15-2-2024 10:48 AM | Show all posts |Read mode

SALAH kembali menjalani latihan di Pusat Latihan AXA, sekali gus memberi gambaran akan turun menentang Brentford pada Sabtu ini. – LIVERPOOL FC

LIVERPOOL – Penyerang ikon Mesir, Mohamed Salah mencetuskan keterujaan di kalangan peminat Liverpool menerusi perkembangan terkini mengenai status kece­deraannya seakan gambaran kepulangannya untuk kembali beraksi dalam masa terdekat.

Salah, 31, memuat naik empat ke­ping gambar di laman ­Instagram peribadinya menunjukkan dia sedang menjalani latihan ringan di Pusat Latihan AXA dan memberi petanda kecederaannya seperti sudah pulih sepenuhnya.

Bintang The Reds itu masih belum bermain sebarang perlawanan bersama Liverpool tahun ini kerana mewakili Mesir dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 sebelum me­ngalami kecederaan hamstring pada kejohanan tersebut.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sebelum ini memberi ba­yangan Salah berkemungkinan besar boleh diturunkan untuk perlawanan Liga Perdana Ing­geris (EPL) seterusnya menentang Brentford di Stadium Komuniti Gtech pada Sabtu ini.

“Mo (Salah) berada pada landasan yang betul. Kami berharap, tetapi kami masih tidak tahu sama ada dia boleh menyertai latihan bersama skuad utama selepas ini. Namun, kami mengharapkan perkara yang positif.

“Dia menunjukkan petanda yang amat positif sejak kebelakangan ini. Jika anda bertanyakan kepada saya bilakah dia akan kembali turun beraksi? Jawapan saya adalah menentang Brentford pada 17 Februari ini,” kata Klopp.

Ia pastinya satu berita gembira buat kem The Reds yang kini dalam misi untuk menjuarai ­kesemua gelaran yang dipertan­dingkan musim ini bermula EPL, Piala FA, Piala Liga Inggeris (EFL) dan Liga Europa.

Seandainya berjaya, ia akan menjadi hadiah perpisahan terindah buat Klopp yang akan melepaskan jawatannya penghujung musim ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... akan-kem-liverpool/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.036635 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list