CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6884|Reply: 1

[Johor] Gaduh selepas dihalang guna lorong kecemasan, warga Singapura didenda RM5,500

[Copy link]
Post time 14-2-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode

KIAN Hui dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Muar selepas didenda RM5,500 kerana bergaduh di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pagoh, Sabtu lalu. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Lelaki warga Singapura yang terbabit dalam pergaduhan menggunakan tongkat kayu di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pagoh, Sabtu lalu didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Fatin Dalilah Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas Soh Kian Hui, 45, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, pemandu teksi di Singapura itu didakwa dengan niat memecahkan cermin Toyota Fortuner milik Khairul Husni Shah Jamil, 31, hingga menyebabkan kerugian RM2,502.35.

Kejadian itu berlaku di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pagoh pada jam 1.58 tengahari, 10 Februari lalu.



Hukuman bagi kesalahan itu ialah tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh bertindak memecah cermin kereta mangsa menggunakan tongkat kerana tidak berpuas hati apabila kenderaannya dihalang daripada menggunakan laluan kecemasan.

Tertuduh berjaya ditahan di Genting Highlands, Pahang pada jam 3.30 pagi, 12 Februari lalu.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum ternampak Mitsubishi Lancer dipandu tertuduh menggunakan laluan kecemasan.

Katanya, keadaan mencetuskan pertengkaran mulut dan tertuduh mengetuk cermin kenderaan mangsa sebelum beredar.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Ariff Marzuki manakala tertuduh diwakili Norain Sakina Zikri.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal memandang kesalahan dilakukan tertuduh sangat serius.

Hujahnya, kejadian itu berlaku di lokasi berbahaya dan boleh mencetuskan perkara tidak diingini terhadap pengguna lebuh raya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda dan mengarahkan tertuduh dipenjara 12 bulan jika gagal membayarnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pura-didenda-rm5500

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2024 02:16 PM | Show all posts
patut denda tambah penjara tambah ban masuk malaysia 5 tahun..
baru ada akai masing-masing..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.045443 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list