CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22607|Reply: 0

[Sarawak] Jawatankuasa Pengelola Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran kunjungi TYT

[Copy link]
Post time 13-2-2024 11:58 PM | Show all posts |Read mode


Utama, Astana Negeri Sarawak baru-baru ini.

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai Jawatankuasa Pengelola Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Ke-63 Tahun 1445H/2024M mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Bilik Menghadap Utama, Astana Negeri Sarawak, baru-baru ini.

Ini merupakan kunjungan hormat pertama Awang Tengah ke atas Tun Wan Junaidi selepas beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri pada 26 Januari lepas.

Kunjungan hormat tersebut antara lain bertujuan memaklumkan tentang penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Ke-63 Tahun 1445H/2024M serta menjemput Tun Wan Junaidi untuk hadir dan menyempurnakan upacara malam penyampaian hadiah program berkenaan.

Majlis yang bertemakan 'Sarawak Maju Makmur' tersebut bakal diadakan bermula 6 hingga 9 Mac 2024 di Dewan Suarah Limbang dan majlis perasmian pada 6 Mac bakal disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selain itu, pelbagai program menarik akan diadakan sepanjang majlis empat hari tersebut yang akan diadakan acara seperti kuiz al-Quran, majlis menanam pokok dan demonstrasi masakan di Tebingan Sungai Limbang oleh Cef Muluk.

Turut hadir semasa kunjungan hormat itu ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Datu Khalidi Ibrahim, Residen Bahagian Limbang Unus Tambi, Timbalan Pengarah 1 JAIS Ahmad Sukarno Saini dan Ketua Penolong Pengarah, Unit Komunikasi Korporat JAIS Kamarulzaman Kawi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.487506 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list