CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6713|Reply: 0

Mourinho sedia ambil alih Bayern

[Copy link]
Post time 13-2-2024 01:14 PM | Show all posts |Read mode

Jose Mourinho dilaporkan sedang giat belajar bahasa Jerman kerana mahu mengisi kerusi panas di Bayern Munich. - Foto AFP

MUNICH: Jose Mourinho dilaporkan sedang giat belajar bahasa Jerman kerana mahu mengisi kerusi panas di Bayern Munich.

Mourinho kini masih menganggur selepas dipecat oleh Roma bulan lalu.

Bagaimanapun pengendali 61 tahun itu dikaitkan dengan Bayern, selepas Thomas Tuchel dikritik penyokong sendiri sejak akhir-akhir ini.

Menurut media Jerman, Mourinho berminat mahu membimbing kelab Bundesliga itu jika diberi peluang.



Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Jan-Christian Dreesen masih memberi sokongan kepada Tuchel walaupun pasukannya tewas 3-0 kepada pendahulu Bundesliga, Bayer Leverkusen.

"Tidak ada apa-apa perubahan. Kami sedar ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Sudah tentu kami mahukan keputusan berbeza. Tumpuan kami kini kepada perlawanan seterusnya.

"Saya tidak suka untuk cakap berulang kali (berkenaan masa depan Tuchel), ia kekal seperti saya katakan," kata Dreesen.

Mourinho memenangi Liga Konferens Eropah bersama Roma pada tahun 2022 tetapi dipecat selepas persembahan tidak konsisten musim ini.

Bekas pengendali Chelsea, Manchester United dan Real Madrid itu tidak sabar untuk kembali membimbing pasukan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-ambil-alih-bayern
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.031470 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list