CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5601|Reply: 0

AFCON: Kebangkitan luar biasa Ivory Coast

[Copy link]
Post time 13-2-2024 11:24 AM | Show all posts |Read mode

IVORY COAST meraikan kejayaan menjuarai AFCON buat kali ketiga walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang saingan AFCON kali ini. – AFP

ABIDJAN – Pengendali Ivory Coast, Emerse Fae berjaya me­ningkatkan ‘sahamnya’ selepas mengetuai pasukan itu mencipta keajaiban menjuarai Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 menewaskan Nigeria 2-1 pada ­final di Stadium Alassane Ouattara awal pagi semalam.

Pencapaian itu melengkapkan kisah kebangkitan luar biasa dalam sejarah AFCON selepas Les Elephants berdepan pelbagai masalah dan bergelut di peringkat Kumpulan A sebelum mara ke pusingan kalah mati sebagai empat pasukan tempat ketiga terbaik.

“Ia lebih kepada cerita dongeng selepas pasukan ini berdepan kesukaran. Apabila saya memikirkan apa yang kami harungi, ia tidak ubah seperti satu keajaiban.

“Kami tidak pernah berputus asa dan mampu bangkit untuk melepasi setiap kesukaran yang pasukan terpaksa hadapi,” kata­nya selepas berjaya mengesahkan kejuaraan AFCON ketiga buat Ivory Coast.

Untuk rekod, Ivory Coast menang 2-0 ke atas Guinea-Bissau dalam aksi pertama peringkat kumpulan, tetapi dipalit kecewa apabila tunduk 0-1 kepada Nigeria sebelum dibelasah 0-4 oleh Equatorial Guinea.

Situasi itu menyebabkan jurulatihnya dari Perancis, Jean-­Louis Gasset dipecat dan kekosongan itu diambil alih buat sementara waktu oleh Fae sehingga tamat kejohanan.

Lebih manis, kejayaan itu ­hadir menerusi kebangkitan dramatik selepas William Troost-Ekong terlebih dahulu meletakkan Nigeria di depan, namun disamakan oleh Franck Kessie sebelum Sebastien Haller memastikan kemenangan berharga buat Ivory Coast

“Saya tidak mampu meluahkan kegembiraan kerana saya bercita-cita untuk muncul juara AFCON, namun tidak mampu melakukannya ketika bergelar pemain. Walaupun kejayaan kali ini hadir dengan cara yang agak pelik, saya akhirnya mampu julang trofi ini,” jelas Fae. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -biasa-ivory-coast/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.036711 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list