CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5042|Reply: 0

[Sarawak] KPDN Sarawak terima kes serahan PPM W5 libat penyelewengan diesel

[Copy link]
Post time 13-2-2024 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 13-2-2024 03:11 AM



KPDN menerima satu kes serahan melibatkan sebuah kapal tangki dengan muatan 430,000 diesel yang berjaya diberkas oleh PPM W5.
KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menerima kes serahan daripada Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPM W5) melibatkan penyelewengan barang kawalan bersubsidi diesel.

Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin memberitahu, kes serahan tersebut merupakan hasil operasi PPM W5 di sebuah sungai di negeri ini pada Sabtu lalu.



Menurutnya, pada 11 Februari 2024 sekitar jam 10:30 pagi, pasukan operasi Penguat Kuasa KPDN Kuching menerima satu kes serahan hasil serbuan PPM W5 dalam sebuah kapal di kawasan Laut Barrage, Sungai Sarawak.

"Hasil pemeriksaan, KPDN telah menyita eksibit iaitu sebuah kapal tangki dan minyak diesel 430,000 liter dianggarkan berjumlah RM924,000.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM5 juta," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Matthew berkata, dua lelaki iaitu seorang warganegara dan seorang warga asing turut diserah kepada pegawai Penguat Kuasa KPDN Kuching yang ditemui di tempat kejadian.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki atau ada dalam kawalan barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak akan melakukan kesalahan," ujarnya.

Jelasnya lagi, siasatan lanjut akan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenalpasti individu/syarikat yang terlibat atau rantaian pengedaran minyak diesel termasuk sumber minyak diesel diperolehi dan edaran mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, berdasarkan statistik penguatkuasaan seluruh Sarawak di bawah Op Tiris 2023 pada 1 Mac hingga 31 Disember telah berhasil membuat tangkapan ke atas 121 kes.

"Ini melibatkan kuantiti rampasan sebanyak 6,554, 327 liter diesel dengan anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM6, 960, 477.

"Pegawai Penguat Kuasa KPDN juga telah menjalankan 991 pemeriksaan ke atas stesen minyak dan pemborong minyak diesel di seluruh negeri Sarawak sejak 1 Mac 2023," jelasnya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/02/12/kpdn-sarawak-terima-kes-serahan-ppm-w5-libat-penyelewengan-diesel

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.058514 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list