CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27122|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak tak pilih warna kulit, perpaduan rakyat senjata bangunkan negeri ini lebih maju

[Copy link]
Post time 12-2-2024 09:28 PM | Show all posts |Read mode


Dr Rundi ketika ditemui pemberita pada majlis tersebut.

KUCHING: Sarawak tidak memilih warna kulit dan menjadikan perpaduan sebagai senjata untuk terus bersama dalam membangunkan negeri menjadi lebih maju.

Demikian kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi yang ditemani isteri, Datin Sri Loreta Sawot ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2024 peringkat negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

"Ini menunjukkan tahun yang sangat baik untuk Sarawak yang menantikan masa depan yang lebih baik dan semua kaum merayakan semua perayaan yang kita ada.

"Selepas ini kita akan menyambut Hari Raya, Hari Gawai tidak lama lagi," katanya.

Rumah Terbuka TBC 2024 yang diadakan di BCCK itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri,Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan isteri Datin Amar Enn Ong Siok Ean, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta barisan  Menteri Kabinet Sarawak.

Beliau menambah Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang turut hadir sebagai tanda sokongan berterusan yang akan membawa Sarawak L sebagai sebuah negeri, sebagai wilayah.

"Kami menjadi contoh perpaduan, kerana berkongsi apa sahaja perayaan yang kami ada tanpa mengira warna kulit," katanya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.060436 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list