View: 9526|Reply: 0
|
[Kelantan]
Aliran trafik sibuk menghala keluar Kelantan
[Copy link]
|
|
Aliran trafik perlahan memasuki bandar Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!
GUA MUSANG – Laluan menghala ke bandar Gua Musang sesak dengan kenderaan ekoran perantau Kelantan mula bergerak pulang ke ibu negara sejak pagi tadi.
Tinjauan Kosmo! mendapati, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis semakin bertambah selain trafik perlahan ketika melalui kawasan lampu isyarat di bandar Gua Musang dan kawasan pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU).
Seorang pengguna jalan raya, Siti Nur Aina Zahari, 37, berkata, aliran trafik perlahan di beberapa kawasan dari Kuala Krai menuju ke Gua Musang, namun keadaan masih terkawal.
Katanya, rata-rata mereka mahu pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerja mereka selepas pulang ke kampung halaman untuk bercuti serta menghadiri kenduri perkahwinan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
“Saya bertolak dari Kota Bharu pada pukul 9 pagi tadi dan tiba di bandar ini pukul 1 tengah hari tadi.
“Saya sempat berhenti berehat di Hentian Rehat Dan rawat Rantau Manis di Rantau Manis di sini dan kawasan itu dipenuhi dengan banyak kenderaan perantau,” katanya.
Seorang lagi pengguna jalan raya, Mohd. Asmadi Rahman, berkata, kenderaan dilihat semakin bertambah menuju keluar Kelantan, tetapi aliran trafik masih lagi lancar.
Katanya, mereka sekeluarga memilih untuk bertolak hari ini kerana esok mereka sudah mula bekerja.
“Kami jangka bilangan akan semakin bertambah keluar dari negeri ini dan akan berlaku kesesakan lalu lintas menuju ke ibu kota.
“Kami berharap pengguna jalan raya berhati-hati dan selamat tiba ke destinasi masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -keluar-kelantan-2/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|