CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11344|Reply: 0

[Kelantan] Pagi jernih, petang hitam

[Copy link]
Post time 12-2-2024 11:56 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN Sungai Ketil dekat kawasan rekreasi Rimba Wangi di Taman Wangi, Gua Musang yang sering bertukar warna hitam sejak lebih tiga tahun lalu.

GUA MUSANG – Lebih 2,000 penduduk di sekitar Taman Wangi, di sini berdepan masalah pencemaran apabila air Sungai Ketil berdekatan kawasan rekreasi Rimba Wangi di sini sering bertukar menjadi warna hitam sejak lebih tiga tahun lalu.

Dakwa penduduk, masalah itu dikesan sudah ba­nyak kali berlaku terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum.

Seorang penduduk, Wan Jasmy Wan Abdullah, 42, berkata, sebelum ini pada 2021, ribuan bangkai ikan telah ditemui terapung dan mereka mengesyaki kematian ikan tersebut berpunca akibat sisa buangan dari kilang yang terletak kira-kira 1.5 kilo­meter dari kawasan sungai itu.

“Saya menyedari kejadian terbaru warna air bertukar menjadi hitam adalah pada Jumaat lalu.

“Pagi semalam air nampak te­ruk dan hitam. Pada waktu petang air sudah nampak bersih kerana aliran air Sungai Ketil di kawasan ini yang deras.

“Kami tidak tahu sisa buangan apa yang dibuang tetapi pastinya kualiti air kerap bertukar hitam dan penduduk juga pernah terjumpa banyak ikan mati,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, kebanyakan penduduk risau dengan kualiti air Sungai Ketil yang menjadi sumber utama kegunaan penduduk di sekitar Bandar Gua Musang.

“Kita mahu pihak berkuasa terutamanya Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat puncanya kerana kami tidak mahu Sungai Ketil terus tercemar,” katanya.

Khairul Ezwan Wahet, 47, pula berkata, selaku anak watan di situ, dia berasa terkilan kerana sungai yang menjadi tempatnya bermain semasa kecil dahulu telah bertukar warna dan airnya semakin tercemar.

Katanya, kawasan rekreasi itu yang kini di bawah Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Wangi menjadi lokasi tumpuan ramai apabila aktiviti tubing turut diadakan dan disertai pelancong luar negara.

“Isu ini masih berlarutan walaupun sebelum ini kita sudah melaporkan kepada wakil rakyat, JAS dan menularkan isu itu di media sosial.

“Saya minta pihak berwajib ambil serius dan bantu selesaikan isu ini hingga warna air sungai kembali pulih seperti sedia kala,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, beliau pernah membawa isu itu kepada JAS dan Jabatan Pengairan dan Saliran termasuk membuat serbuan ke kilang yang disyaki sebelum ini.

Katanya, pihak berwajib perlu mengambil tindakan termasuk sampel air kerana pencemaran sungai amat mengganggu penduduk yang banyak melakukan aktiviti berkelah di Rimba Wangi.
https://www.kosmo.com.my/2024/02/12/pagi-jernih-petang-hitam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.183852 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list