View: 18294|Reply: 0
|
[Johor]
2 remaja perempuan ditahan dalam operasi pusat hiburan
[Copy link]
|
|
Dua individu bawah umur dan sudah berhenti sekolah antara 70 yang ditahan menerusi serbuan di dua pusat hiburan sekitar daerah ini, semalam. FOTO POLIS JOHOR
Johor Bahru : Dua remaja perempuan yang sudah berhenti sekolah antara 70 individu yang ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan di daerah ini, semalam.
Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, operasi antara 2 pagi hingga 8 pagi itu dan memeriksa 248 individu yang sedang berhibur dalam premis itu.
Menurutnya, seramai 70 individu berusia 16 hingga 50 tahun ditahan termasuk dua individu yang bertindak sebagai juruwang.
"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seramai 48 lelaki termasuk 36 warga asing dan 20 wanita termasuk 16 warga asing positif dadah methamphetamine, ketamin dan tetrahydrocannabinol (THC).
"Hasil pemeriksaan pula mendapati sebuah premis beroperasi tanpa lesen perniagaan dan lesen hiburan yang sah, manakala premis kedua pula memiliki lesen perniagaan sah, namun beroperasi melebihi tempoh masa yang dibenarkan," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
Menurut Kumar, kesemua tahanan warga asing yang diperiksa mengemukakan salinan dokumen perjalanan, namun polis akan membuat semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk mengesahkan ketulenannya.
Katanya, polis turut merampas pelbagai peralatan menjalankan pusat hiburan dan wang tunai RM5,224.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6(2) dan Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erasi-pusat-hiburan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|