CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14698|Reply: 0

Dua penalti separuh masa kedua 'bunuh' kebangkitan Jordan - Ammouta

[Copy link]
Post time 11-2-2024 11:26 AM | Show all posts |Read mode

JORDAN akur kekalahan kepada Qatar di final Piala Asia. -FOTO Reuters

Lusail: Ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta berkata dua penalti yang diberikan kepada Qatar pada separuh masa kedua mematahkan semangat pasukannya dalam misi mencipta sejarah memenangi Piala Asia 2023 di sini, awal pagi tadi.

Pada aksi di Stadium Lusail itu, Qatar mempertahankan kejuaraan selepas menang 3-1 dengan tiga jaringan skuad The Maroons hadir menerusi penalti yang disempurnakan penyerang sensasi Akram Afif sementara Yazan Al-Naimat menjaringkan gol sagu hati Jordan.

Ammouta berkata Jordan bergelut pada separuh masa pertama yang menyaksikan mereka ketinggalan 0-1 tetapi menunjukkan semangat untuk menyaingi kehebatan dan permainan dinamik Qatar di babak kedua sehingga berjaya menyamakan kedudukan.

Namun, penalti kedua dan ketiga yang diberikan pengadil Ma Ning dari China selepas itu menghalang The Chivalrous daripada bangkit untuk cuba memenangi perlawanan.



"Malangnya perlawanan malam ini tidak berpihak kami, secara keseluruhan di separuh masa pertama kami kehilangan fokus dan juga peluang menjaringkan gol tetapi separuh masa kedua lebih baik, kami menjaringkan gol penyamaan.

"Tetapi penalti kedua datang dalam keadaan kami sedang sedaya upaya memburu gol kedua dan (kemudian) penalti ketiga, ia menghalang terus kami untuk bangkit, tetapi ia adalah bola sepak," katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.

Pada masa sama, pengendali dari Maghribi berusia 54 tahun itu tidak memberikan jawapan tepat mengenai sama ada kedua-dua penalti itu berpunca kesilapan pengadil ataupun berhak diberikan, namun menyifatkan ia sangat kejam kepada Jordan.

Dalam pada itu, Ammouta tetap memberikan pujian kepada anak buahnya atas persembahan cemerlang sepanjang kempen kali ini yang menyaksikan mereka mencipta sejarah julung kali mara ke separuh akhir seterusnya layak beraksi di final.

"Pasukan ini menunjukkan kemajuan yang sangat baik dan mungkin pada edisi seterusnya kami akan menang," katanya.

Pada aksi malam ini, Qatar mendahului menerusi penalti Afif pada minit ke-22, namun Al-Naimat menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-67 sebelum Afif menyudahkan dua penalti masing-masing pada minit ke-73 dan 90+5 untuk mengesahkan kemenangan pasukan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... itan-jordan-ammouta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.035656 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list