CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14039|Reply: 0

Heung-min ubati kekecewaan kegagalan di Piala Asia

[Copy link]
Post time 11-2-2024 11:23 AM | Show all posts |Read mode

HEUNG-MIN pamer aksi berkelas dunia. -FOTO Reuters

London: Pengendali Tottenham, Ange Postecoglou memuji aksi Son Heung-min yang "bertaraf dunia" selepas bintang Korea Selatan itu menamatkan minggu yang padat dengan mencetuskan inspirasi kepada kemenangan dramatik kelabnya 2-1 menentang Brighton.

Skuad Postecoglou dilihat akan menamatkan saingan dengan keputusan seri selepas perlawanan hanya tinggal beberapa saat sahaja sehingga Son membantu mencetuskan gol lewat perlawanan itu.

Umpanan lintangnya memberikan peluang kepada Brennan Johnson untuk meledak gol pada minit keempat masa kecederaan.

Ia adalah rangsangan buat Heung-min selepas gagal di Piala Asia minggu ini berikutan kekalahan mengejut Korea Selatan di separuh akhir kepada Jordan.



Postecoglou memasukkan Son dan Johnson ketika perlawanan berbaki 28 minit dan kedua-duanya membantu Tottenham mengekalkan cabaran empat teratas mereka apabila gol Pape Sarr pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan selepas Pascal Gross menyempurnakan penalti untuk Brighton mendahului pada minit ke-17.

Memberi penghormatan kepada Son untuk penampilan pentingnya, Postecoglou berkata: "Mungkin negara yang diwakilinya bekerja untuk menentangnya tetapi saya fikir dia pemain bertaraf dunia.

"Anda lihat rekodnya dalam Liga Perdana, liga paling sukar di dunia, sumbangan golnya tanpa mengira bagaimana pasukan itu melalui masa sukar dan dia berada di sana pada masa yang tepat.

"Malah pada tahun ini, sebelum dia pergi, saya rasa dia mungkin penyerang terbaik dalam pertandingan, pendapat saya jelas. Sudah tentu dia akan berada di puncak.

Tottenham kini berusaha untuk berada di kedudukan keempat terbaik liga dalam usaha mereka berjuang untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... galan-di-piala-asia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.042665 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list