CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50545|Reply: 0

[Kedah] Remaja perempuan maut dalam nahas tiga kenderaan

[Copy link]
Post time 9-2-2024 06:05 PM | Show all posts |Read mode
Remaja perempuan maut dalam nahas tiga kenderaan


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 9, 2024 @ 5:11pm [email protected]




Kereta Perodua Alza yang dinaiki remaja perempuan yang maut dalam kemalangan dengan sebuah lori dan sebuah motosikal di Kilometer 51.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, hari ini. - Foto PDRM




ALOR SETAR: Perjalanan dua beranak sempena sambutan Tahun Baru Cina berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 51.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, hari ini.

Dalam kemalangan jam 5.40 pagi itu, remaja perempuan berusia 16 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki bersama ibu dan lelaki yang juga rakan ibunya terbabit dalam kemalangan dengan lori jenis Hino dan sebuah motosikal Yamaha 135LC.
Bagaimanapun ibunya yang berusia 43 tahun cedera di kaki manakala lelaki yang berusia 50-an pula tidak cedera.

Difahamkan, ibu mangsa memandu kereta itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk menyambut Tahun Baru Cina di Thailand.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 5.40 pagi.

Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan kereta, motosikal dan sebuah lori.

"Sebelum kejadian, kereta Perodua Alza yang dinaiki mangsa berada di lorong kanan dan dikatakan terbabas ke kiri dan melanggar bahagian belakang kanan lori yang berada di lorong kiri.

"Beberapa minit kemudian, sebuah motosikal yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak dan melanggar serpihan kenderaan berkenaan," katanya di sini hari ini.

Ahmad Shukri, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.043794 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list