CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43807|Reply: 1

[Pulau Pinang] Paha wanita terkoyak, tangan cedera diserang tiga anjing

[Copy link]
Post time 9-2-2024 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Paha wanita terkoyak, tangan cedera diserang tiga anjing


Zuhainy Zulkiffli - Februari 9, 2024 @ 3:20pm [email protected]




Pagar rumah rosak menyebabkan anjing peliharaan bebas keluar dan menyerang Cheah Hean Hoon di Medan Terengganu, Georgetown, semalam. - Foto ihsan CHEAH HEAN HOON




GEORGETOWN: Seorang wanita diserang dan digigit anjing sehingga terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di sini semalam.

Kejadian kira-kira jam 5 petang ketika Cheah Hean Hoon, 49, berjalan untuk pulang ke rumah di Medan Terengganu, beberapa meter dari tempat kejadian apabila diserang tiga anjing.

Hean Hoon berkata, ketika lalu di depan sebuah rumah, tiga anjing tidak dirantai meluru keluar dan menggigitnya.

"Saya tak sempat lari, lebih malang tiada sesiapa ketika kejadian itu dan saya tidak berdaya melawan anjing berkenaan bersendirian. Akibatnya, tangan kanan cedera, isi paha kiri dan kanan juga terkoyak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dia kemudian menghubungi abang iparnya sebelum dibawa ke hospital swasta bagi mendapatkan rawatan dan terpaksa dimasukkan ke wad bagi menjalani pembedahan dengan keadaan kesihatan dipantau dengan kerap.

"Memandangkan esok Tahun Baharu Cina, doktor benarkan saya keluar wad hari ini, namun perlu datang ke hospital setiap 12 jam selama seminggu untuk diberi suntikan.

"Keadaan saya agak lemah dan mungkin tidak dapat menghadiri 'makan besar' bersama keluarga malam ini," katanya lagi.

Susulan itu, satu laporan dibuat abang iparnya di Balai Polis Datuk Keramat di sini semalam kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik tidak merantai anjing.

Hean Hoon berkata, pemilik berkenaan juga tidak membaiki kerosakan pada pagar rumahnya yang membolehkan anjing peliharaan keluar dari kawasan rumah berkenaan.

"Kejadian ini bukan pertama, ahli keluarga dan beberapa jiran juga pernah digigit anjing berkenaan, namun pemilik haiwan itu enggan bertanggungjawab.

"Penduduk pernah bersemuka dengannya, tapi pemilik haiwan itu dengan angkuh meminta orang ramai jangan lalu di depan rumahnya.

"Bayangkan jika anjing itu menyerang kanak-kanak, sudah tentu kesannya lebih buruk. Jika masih tiada tindakan, saya akan buat laporan polis sekali lagi kerana ia beri ancaman kepada penduduk," katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2024 04:07 PM | Show all posts
Unit Veterinar MBPP p je la angkut anjing tu,,haih,,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.123456 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list