CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12395|Reply: 0

[Kedah] Pikap asing 'kantoi' isi diesel berulang kali di stesen berbeza

[Copy link]
Post time 9-2-2024 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Pikap asing 'kantoi' isi diesel berulang kali di stesen berbeza

OlehNURUL HIDAYAH HAMID
09 Februari 2024 11:28am




KPDN Kedah membongkar taktik pikap asing yang membuat isian diesel di beberapa buah stesen minyak dalam Ops Tiris di Pos Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam, di Alor Setar, pada Khamis.




ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah membongkar taktik pikap asing yang membuat isian diesel di beberapa buah stesen minyak dalam Ops Tiris di Pos Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam, dekat sini, pada Khamis.

Pengarahnya, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, anggota penguat kuasa telah mengekori kenderaan tersebut yang masuk ke negara ini dan membuat pembelian minyak berulang di beberapa stesen minyak di sekitar pekan Changlun dan Bukit Kayu Hitam.



Beliau berkata, modus operandi digunakan adalah membuat pembelian berulang dalam jumlah had 20 liter di beberapa stesen minyak bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Bagaimanapun, hasil pemeriksaan awal mendapati kenderaan tersebut berisi dengan bahan api dipercayai diesel dengan anggaran 70 liter bernilai RM150.50 di dalam tangki asal.



"Bahan api tersebut dipercayai dibeli di beberapa buah stesen minyak sekitar pekan Changlun dan Bukit Kayu Hitam," katanya dalam kenyataan pada malam Khamis.
Sehubungan itu, Muhammad Nizam memaklumkan, seorang lelaki Thailand berusia 32 tahun ditahan, manakala sebuah kenderaan pikap bernombor pendaftaran Thailand turut disita dalam kejadian tersebut.
Beliau berkata, tindakan itu dijalankan pasukan penguat kuasa KPDN Kedah dalam usaha membanteras penyelewengan barang kawalan bersubsidi khususnya di sempadan negara.

Katanya lagi, kenderaan disita dianggarkan bernilai RM70,000 dengan nilai sitaan keseluruhan termasuk diesel berjumlah RM70,150.50.


Beliau menambah, kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Jelasnya, kenderaan berpendaftaran asing dibenarkan membuat pembelian di stesen minyak dalam lingkungan 50 kilometer (km) dari pintu sempadan dengan had bagi pembelian diesel sebanyak 20 liter dengan hanya sekali pembelian manakala bagi petrol jenis RON97 tanpa had isian.


Tambah Muhammad Nizam, semua jenis bahan api tersebut hanya boleh diisi dalam tangki asal kenderaan, manakala kenderaan asing tidak dibenarkan untuk membeli petrol jenis RON95.

Beliau turut memaklumkan, KPDN Kedah sentiasa komited dan akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi mempergiat serta mempertingkatkan kawal seliaan dan operasi ke atas pengedaran barang-barang kawalan di seluruh negara.

"Ia bagi memastikan bekalan barang kawalan untuk kegunaan rakyat Malaysia sentiasa mencukupi dan tidak berlaku ketirisan yang seterusnya akan merugikan negara," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 1.039795 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list