CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7550|Reply: 0

Klopp pilihan terbaik Barcelona - Aubameyang

[Copy link]
Post time 8-2-2024 12:23 PM | Show all posts |Read mode

Jurgen Klopp (kiri) dan Pierre-Emerick Aubameyang (kanan) pernah bekerjasama ketika di Borussia Dortmund. - Foto AGENSI

BARCELONA: Pierre-Emerick Aubameyang menggesa bekas kelabnya, Barcelona untuk memikat Jurgen Klopp ke Camp Nou selepas Xavi Hernandez akan meninggalkan mereka pada musim panas ini.

Pengendali The Blaugrana itu mengumumkan perkara berkenaan hanya beberapa hari selepas Klopp membuat keputusan untuk meninggalkan Liverpool pada akhir musim ini.

Xavi mendedahkan perasaan kurang senangnya sebagai pengendali Barcelona, dan berkata keputusannya untuk meninggalkan Camp Nou tidak akan berubah walaupun mereka memenangi Liga Juara-Juara Eropah.

Barcelona kini di tangga ketiga La Liga, tetapi ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Real Madrid dan enam mata di belakang Girona.



Sebelum ini timbul spekulasi yang mengatakan bekas pengendali Chelsea, Thomas Tuchel bakal mengisi kerusi panas kelab Catalan itu, namun Aubameyang - yang kini bersama kelab Ligue 1, Marseille - percaya jawatan itu paling tepat buat Klopp.

"Klopp memberikan segalanya, tenaga, dia memenangi banyak gelaran hebat, seorang jurulatih yang bagus. Jika Barca ada peluang, dia adalah pilihan terbaik.

"Saya amat selesa dengannya ketika di Dortmund. Ia pasti menarik jika dia dapat datang," kata Aubameyang. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... arcelona-aubameyang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.162661 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list