CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7714|Reply: 0

Real Madrid perlu penuhi tiga tuntutan Mbappe

[Copy link]
Post time 8-2-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode

Kylian Mbappe dilapor meletakkan tiga syarat kepada Real Madrid untuk dia menyertai gergasi La Liga itu, termasuk yuran perpindahan sebanyak 105 juta pound (RM630.05 juta. - Foto AFP

PARIS: Kylian Mbappe dilapor meletakkan tiga syarat kepada Real Madrid untuk dia menyertai gergasi La Liga itu, termasuk yuran perpindahan sebanyak 105 juta pound (RM630.05 juta).

Minggu lalu bintang Paris Saint-Germain dan Perancis itu dilaporkan bersetuju menyertai juara 14 Eropah, Real Madrid sebaik tamat musim ini.

Bagaimanapun rundingan untuk perpindahan pemain 25 tahun itu ke Madrid masih berlarutan dengan Mbappe meletakkan tiga syarat utama.

Mbappe menuntut gaji 43 juta pound (RM258.02 juta) setahun, melebihi gaji pemain-pemain bintang lain di Madrid.



Madrid kendalian Carlo Ancelotti mampu melonjak kembali gergasi Sepanyol itu di pentas Eropah sekiranya Mbappe bersama mereka.

Madrid beranggapan mereka mampu berjimat dengan menanti kontrak Mbappe di Parc des Princes tamat sebelum menandatanganinya, namun syarat diletakkan pemain itu bakal menelan belanja besar.

Mbappe juga dilaporkan mahu mengekalkan peratus hak imej yang biasa dikongsi sama rata antara kelab dan pemain.

Biasanya kelab akan mengambil 50 peratus daripada hak imej pemain bintangnya, namun Real Madrid dikatakan bersetuju untuk mengambil hanya 40 peratus manakala selebihnya milik Mbappe. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... iga-tuntutan-mbappe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.038940 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list