|
GHALENOEI kecewa Iran gagal ke final Piala Asia. -FOTO Reuters
Doha: Jurulatih Iran, Amir Ghalenoei memohon maaf di atas kekalahan pasukannya 2-3 kepada tuan rumah yang juga penyandang juara, Qatar dalam aksi separuh akhir Piala Asia sekali gus mengundang kegagalan mereka untuk mencuri peluang.
Iran yang berusaha untuk menjulang Piala Asia pertama mereka sejak 1976, gagal menggunakan kelebihan sebelum gol Almoez Ali pada minit ke-82 di Doha menghadiahkan kemenangan pada tuan rumah.
Percubaan Alireza Jahanbakhsh terkena tiang pada minit terakhir perlawanan ketika Iran terus berusaha mendapatkan gol penyamaan.
Ghalenoei menyifatkan persembahan Iran pada separuh masa kedua sebagai yang terbaik sejak dia mengendalikan mengendalikan pasukan itu tetapi kecewa kerana mereka tidak dapat menyamakan kedudukan lewat perlawanan.
"Saya ingin memohon maaf kepada rakyat Iran kerana kami mempunyai tanggungjawab untuk menggembirakan mereka," katanya.
"Tetapi ini adalah bola sepak dan jika anda tidak mengambil peluang anda maka anda akan dihukum."
Sardar Azmoun memberikan Iran pendahuluan pada minit keempat sebelum jaringan Jassem Gaber dan Akram Afif meletakkan Qatar di hadapan pada separuh masa.
Jahanbakhsh menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada awal babak kedua tetapi Iran ketinggalan sekali lagi apabila Ali menjaringkan gol lapan minit sebelum tamat.
"Dari sudut teknikal, kami mempunyai perlawanan yang sangat baik," kata Ghalenoei.
"Jika anda mencari seseorang yang bertanggungjawab, itu saya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... maaf-kegagalan-iran |
|