CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19836|Reply: 0

[Sarawak] KPDN Bahagian Limbang berjaya selesaikan 76 kes pada 2023

[Copy link]
Post time 7-2-2024 10:35 PM | Show all posts |Read mode


Pulnama (kanan) dan pegawainya ketika memantau pelaksanaan SHMMP di sebuah premis perniagaan hari ini.

LIMBANG: Rampasan bernilai RM345,736 membabitkan 76 kes dengan pembayaran kompaun berjumlah RM20,500 direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Bahagian Limbang sepanjang tahun lepas.

Ketua Cawangan  KPDN Bahagian Limbang Pulnama Tarah berkata, daripada jumlah tersebut 55 kes melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, 13 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, tujuh kes di bawah Akta Timbang dan Sukat dan satu kes di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Kesemua kes ini merekodkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM345,736 dan daripada semua tindakan ini kompaun sebanyak RM20,500 telah dikeluarkan,” katanya ketika ditemui media di pejabat KPDN Limbang hari ini.

Katanya, sebanyak 4,811 pemeriksaan dijalankan pegawai dan anggotanya di setiap pelosok bandar dan luar bandar di daerah Limbang dan Lawas dalam tempoh sama.

Daripada jumlah itu, 3,906 dijalankan di kawasan bandar dan 905 pemeriksaan lagi tertumpu di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Kata Pulnama lagi, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 bermula kelmarin hingga 14 Februari.

Tegasnya, para peniaga perlu mematuhi peraturan ditetapkan dan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim berkenaan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Kita memohon kepada para peniaga supaya mematuhi pelaksanaan skim ini dengan melakukan penandaan harga dan menjual tidak melebihi harga yang telah kita kuatkuasakan.

“Sepanjang skim ini dijalankan KPDN Limbang menggerakkan 24 pegawai terdiri daripada pegawai pemantau harga dan pegawai penguat kuasa untuk  memantau dan menguatkuasakan peraturan sepanjang skim ini,” katanya.

Pulnama berkata, pelaksanaan skim selama sembilan hari itu melibatkan 10 jenis barangan yang dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Sepuluh  barangan tersebut adalah udang putih antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram, ikan bawal putih dengan berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor, babi hidup, daging babi termasuk perut dan lemak, kobis bulat import Indonesia dan China tidak termasuk Beijing, ubi kentang import China, bawang putih, halia tua import, lobak putih import dan lobak merah.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.055947 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list