CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3520|Reply: 0

[Sarawak] Isu Spanco: Lebih 20 saksi telah dipanggil

[Copy link]
Post time 7-2-2024 10:13 PM | Show all posts |Read mode


Azam bergambar bersama pihak Media Sarawak ketika hadir pada program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media hari ini. - Gambar BERNAMA

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil lebih 20 orang saksi, bagi membantu siasatan melibatkan Spanco Sdn Bhd, sebuah syarikat tunggal yang memegang konsesi membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya juga, tidak menolak kemungkinan untuk memanggil anggota pentadbiran negara sebelum ini yang terlibat dalam penganugerahan kontrak kepada syarikat itu, sekiranya diperlukan.

"Kita akan panggil sesiapa sahaja, malah pembuat keputusan pada masa itu yang memutuskan untuk menganugerahkan projek itu kepada Spanco. Sejarah disebalik bagaimana syarikat itu dianugerahkan dengan kontrak itu merupakan satu daripada perkara dalam siasatan kami.

"(Kita akan panggil saksi) tidak kisah mereka siapa pun, jika ada keperluan, kita akan panggil mereka," katanya kepada pemberita selepas program Cakna Rasuah: SPRM bersama media Sarawak di sini, hari ini.

Azam berkata siasatan terhadap Spanco Sdn Bhd itu, tidak akan memberi kesan kepada  kontrak sedia ada syarikat itu untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan.

"Fokus siasatan kita akan melihat kepada dua aspek, iaitu pertikaian pembatalan kontrak LOI (surat hasrat) dan juga bagaimana syarikat tersebut boleh mendapat kontrak itu sebelum ini. Kontrak sedia ada (untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan) masih on, siasatan tidak akan membatalkan kontrak," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata isu melibatkan kontrak kepada Spanco Sdn Bhd, hanya merugikan negara.

Untuk rekod sejak 1993, Spanco Sdn Bhd memegang konsesi untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan, namun apabila kontrak tamat pada 2019, tender terbuka dilancarkan untuk penganugerahan kontrak seterusnya.

Berjaya Group dan Naza Sdn Bhd membentuk konsesi dan memperoleh kontrak itu melalui surat hasrat (LOI) pada tahun itu, bagaimanapun, LOI ditamatkan pada 2020 dan tender dianugerahkan kepada Spanco.

Pada Julai tahun lepas, pengasas Berjaya Tan Sri Vincent Tan menfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan dan Spanco berhubung LOI yang ditamatkan dan mendakwa kontrak itu dianugerahkan kepada Spanco walaupun harga yang ditawarkan syarikat berkenaan lebih tinggi. - BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.082413 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list