CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24971|Reply: 0

[Sarawak] Masuk secara haram, dua buruh asing dipenjara, disebat dan diusir

[Copy link]
Post time 6-2-2024 07:44 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Dua buruh warga asing masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan sekali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan masuk ke negara ini secara haram.
   
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk proses penghantaran pulang ke negara asal mereka setelah selesai menjalani hukuman penjara kelak.
   
Sahiri dari Bulukumba, Sulawesi Selatan, Indonesia dan Agus Prasetyo dari Sailing Makasar, Indonesia, telah didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta yang sama.
   
Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh disebat sehingga enam kali jika sabit kesalahan.
   
Menurut keterangan kes, kedua-dua tertuduh telah ditahan sekitar jam 1 petang, 29 Januari lalu di kawasan Sungai Kelabit, Jalan Beluru-Bakong untuk tujuan pemeriksaan kerana disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI).
   
Hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya yang berasal dari Indonesia gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah yang membenarkan mereka masuk dan tinggal di negara ini.
   
Berikutan itu, kedua-dua tertuduh telah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
   
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ihsan Jalalludin di hadapan Hakim Azreena Aziz.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.066167 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list