CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3315|Reply: 0

[Kelantan] Wanita terkejut jumpa bom mortar belakang rumah

[Copy link]
Post time 6-2-2024 06:21 PM | Show all posts |Read mode

Sebutir bom mortar yang dijumpai di belakang sebuah rumah di Kampung Berangan Mek Nab, Machang kelmarin.

MACHANG – Seorang wanita terkejut apabila menjumpai sebutir bom mortar ketika sedang membersihkan kawasan belakang rumahnya di Kampung Berangan Mek Nab, di sini kelmarin.

Wanita itu menemukan bom berkenaan kira-kira pukul 4 petang sebelum bertindak mengalihkan objek tersebut ke kawasan lapang di sebelah kiri rumahnya.

Pemangku Ketua Polis Machang, Deputi Superintendan Mahadi Nazam berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bom itu kira-kira pukul 8.40 pagi semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati, wanita tersebut mengalihkan bom itu dan memaklumkan penemuan objek tersebut kepada seorang pesara tentera.

“Pesara tentera itu memaklumkan kepadanya bahawa objek tersebut merupakan bom mortar sebelum terus membuat panggilan kecemasan.

“Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Machang bergegas ke lokasi tersebut kira-kira pukul 10.40 pagi semalam.

“Pemeriksaan pihak polis terhadap objek itu kemudiannya mengesahkan ia merupakan sebutir bom jenis mortar 60 milimeter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahadi memberitahu, bom tersebut berjaya dimusnahkan di kawasan lapang dengan menggunakan kaedah elektrik kira-kira pukul 11.45 pagi pada hari yang sama.

Tambahnya, tiada sebarang kemalangan atau insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom dijalankan. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... tar-belakang-rumah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.044783 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list