CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8615|Reply: 0

Piala Asia: Benteng rapuh punca Jepun ‘lumpuh’

[Copy link]
Post time 5-2-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode

JEPUN gagal menepati ramalan untuk dinobatkan selaku juara Piala Asia edisi kali ini apabila disingkirkan Iran pada aksi suku akhir. - AFP

DOHA – Kekalahan 1-2 kepada Iran pada aksi suku akhir di Stadium Education City, kelmarin, kelmarin terus menzahirkan kepincangan dalam skuad Jepun yang dihimpit kerapuhan benteng pertahanan.

Walaupun hadir selaku naib juara 2019 dan dilabel sebagai pilihan untuk memenangi edisi kali ini, aksi dipamerkan Jepun langsung tidak meyakinkan hingga membenarkan kebangkitan dilakukan Iran.

“Saya bersimpati dengan penyokong kami dan semua orang yang terbabit dalam bola sepak Jepun. Saya akan bertanggungjawab atas kekalahan ini kerana semua orang termasuk pemain sudah beri segala-galanya,” kata pengendali Jepun, Hajime Moriyasu.

Jurulatih itu juga nyata kesal kerana tidak mampu menghadirkan kegembiraan buat mangsa gempa bumi yang melanda Jepun baru-baru ini.

Skuad Samurai Biru bolos dalam kesemua lima perlawanan di Piala Asia dan Moriyasu sedia mengambil tanggungjawab atas kekecewaan ini sambil mengakui banyak perkara yang perlu diperbaiki.

“Kami bolos sekurang-kurangnya satu gol dalam setiap perlawanan di pertandingan kali ini. Jika kamu gagal menyekat jaringan lawan, kamu pasti tidak akan memenangi perlawanan.

“Kami berdepan kesukaran dalam mempamerkan permainan terbaik pada perlawanan ini, begitu juga ketika situasi bola mati,” jelasnya. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... punca-jepun-lumpuh/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.113940 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list