CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4604|Reply: 0

EPL: Ten Hag kecewa tiada penyerang baharu

[Copy link]
Post time 4-2-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode

RASHFORD (kanan) menjadi harapan United selepas pasukan itu gagal mendapatkan penyerang baharu dalam jendela perpindahan bulan lalu. – AFP

MANCHESTER – Kurang ­aktif pada jendela perpindahan ­Januari menyebabkan pengurus Manchester United, Erik ten Hag meluahkan rasa kecewa apabila hasratnya mendapatkan penyerang baharu tidak tertunai.

Ketiadaan Anthony Martial yang terpaksa diketepikan selama dua bulan akibat kecederaan pangkal paha menyebabkan United hanya bergantung kepada Rasmus Hojlund sebagai penyerang senior pasukan.

Keadaan itu sedikit sebanyak merunsingkan Ten Hag di kala mereka dalam persiapan bagi melayan kunjungan West Ham United bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam ini.

“Memang bukan rahsia kami memerlukan penyerang baharu dalam pasukan kerana Martial me­ngalami kecederaan jangka panjang. Kami memang tidak ada pemain sandaran lain ketika ini.

“Mungkin ia disebabkan kami perlu menepati FFP (Peraturan Kewangan Adil). Kami masih ada Omari (Forson), Amad (Diallo) dan (Marcus) Rashford yang boleh mengetuai serangan, tetapi masih perlukan penyerang lebih kreatif,” katanya.

Bekas pengendali Ajax itu menganggap FFP menjadi penghalang kepada mana-mana kelab untuk memperkasakan pasukan memandangkan mereka perlu melepaskan pemain sedia ada bagi memberi ruang menandatangani muka baharu.

The Red Devils turut mendapat khabar gembira apabila pemain tengah, Sofyan Amrabat boleh diturunkan bertemu West Ham selepas kembali daripada tugasan antarabangsa bersama Maghribi di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON). – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... a-penyerang-baharu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.132858 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list