CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4597|Reply: 0

EPL: Arsenal terdesak hidupkan peluang

[Copy link]
Post time 4-2-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode

ARSENAL perlu mengelak daripada tewas sekiranya mahu terus berada dalam perebutan kejuaraan EPL musim ini. – AFP

LONDON – Arsenal berdepan tugas cukup mencabar kerana perlu mengelak daripada tewas kepada Liverpool tengah malam ini jika mahu meneruskan perjuangan mereka memburu gela­ran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Seandainya tewas, hasrat The Gunners untuk menamatkan pe­nantian 20 tahun mendakap trofi EPL selepas kali terakhir pada 2004 mampu berkecai memandangkan mereka kini ketinggalan lima mata di belakang Liverpool di tangga pertama.

Oleh itu, hanya kemenangan mampu mencerahkan peluang Arsenal yang berada di tangga ketiga, untuk merapatkan jurang kepada dua mata selepas 23 ­perlawanan setakat ini.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta sedar akan kepentingan aksi di Stadium Emirates itu selain turut membawa misi membalas dendam terhadap kekalahan 0-2 kepada The Reds sewaktu pusingan ketiga Piala FA awal bulan lalu.

“Kami perlu bermain sama seperti dua perlawanan liga menentang Liverpool sebelum ini yang kedua-duanya berakhir seri ketika itu. Untuk menang, kami perlu bermain lebih efisien di ­kawasan kelemahan mereka.

“Jujurnya saya amat teruja dan tidak sabar untuk berdepan Liverpool. Saya sedar mereka ketika ini berada pada tahap terbaik dan boleh dikatakan mendominasi setiap perlawanan ­sejak kebelakangan ini.

“Kami juga berjaya memena­ngi dua aksi terakhir dan kali ini turun bermain di laman sendiri. Ia akan menjadi satu pertaru­ngan menakjubkan antara ke­dua-dua pasukan yang mahukan kemenangan,” katanya.

Pengendali berusia 41 tahun dari Sepanyol itu percaya mereka berkemampuan untuk menewaskan Liverpool jika turun dengan prestasi sama ketika menewaskan Manchester City sebelum ini.

“Kami telah buktikannya musim ini dengan menewaskan kelab-kelab besar. Sekarang peluang terbaharu untuk kami lakukannya ke atas Liverpool,” jelas Arteta.

Bagaimanapun, Arteta terpaksa akur sekali lagi gagal menggunakan khidmat bintang tengah berpengaruh, Thomas Partey yang sudah tidak bermain ­selama empat bulan sejak menjalani pembedahan paha pada Oktober lalu.

“Partey tidak akan bersama skuad menentang Liverpool. Ia satu kehilangan yang besar ­kerana kehadirannya memberi banyak perbezaan buat pasukan,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... k-hidupkan-peluang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.034950 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list