CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10159|Reply: 0

Nigeria dan Congo ke separuh akhir AFCON

[Copy link]
Post time 3-2-2024 11:29 AM | Show all posts |Read mode

AKSI antara Nigeria dan Angola. FOTO Reuters

Abidjan: Nigeria mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) menerusi gol tunggal Ademola Lookman untuk mengenepikan tentangan sengit Angola di suku akhir menerusi kemenangan 1-0.

Turut melangkah ke fasa empat pasukan terbaik ialah Republik Demokratik Congo yang mudah menewaskan Guinea dengan 3-1.

Pengendali Nigeria, Jose Peseiro nyata gembira dengan kemenangan itu dan menyifatkan ia hasil usaha keras anak buahnya sepanjang kejohanan itu.

Malah, pendekatan bertahan yang digunakan Nigeria membuahkan hasil apabila pasukan itu masih mengekalkan rekod bersih tanpa sebarang kekalahan.


"Mereka pasukan yang bagus, tetapi sekali lagi kami gagal dibolosi. Sekali lagi juga kami menjaringkan satu gol.

"Saya ingin lebih banyak gol. Dengan penyudah yang baik kami mampu menjaringkan satu atau dua gol lagi, tetapi saya cukup gembira. Pemain-pemain berhak dengan kemenangan ini," kata Peseiro.

Dalam perlawanan di Stadium Felix Houphouet Boigny itu, jaringan Lookman pada minit 41 sudah cukup menghantar Nigeria ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika yang ke-15 sepanjang menyertai kejohanan itu.

Pada satu lagi aksi di Stadium Olimpik Ebimpe, DR Congo menewaskan Guinea 3-1 hasil jaringan Chancel Mbemba, Yoane Wissa dan Arthur Masuaku selepas ketinggalan menerusi gol Mohamed Bayo.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... separuh-akhir-afcon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.031185 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list