CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10434|Reply: 0

Haaland gembira di City, sekaligus nafi dakwaan media Sepanyol

[Copy link]
Post time 3-2-2024 11:28 AM | Show all posts |Read mode

ERLING Haaland. FOTO Agensi

London: Pep Guardiola menafikan khabar angin yang mendakwa Erling Haaland tidak gembira di Manchester City apabila menegaskan pemain kelahiran Norway itu sudah bersedia untuk kembali selepas dua bulan disisihkan akibat kecederaan.

Sebelum ini, media Sepanyol mendakwa penyerang prolifik itu kemungkinan berpindah ke Real Madrid selepas bintang muda itu membantu City menjuarai Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah pada musim lalu.

Begitupun Guardiola berkata, pemain berusia 23 tahun itu akan kembali menyertai pasukan selepas kecederaan di kakinya pulih sepenuhnya.

"Anda perlu bertanya kembali kepada media dari Madrid jika dia (Haaland) tidak berpuas hati," kata Guardiola.


"Saya tidak rasa dia tidak gembira di sini. Dia sebelum ini tidak bermain kerana dia mengalami kecederaan selama dua bulan. Tetapi mungkin media dari Sepanyol terutamanya Madrid, mempunyai lebih banyak maklumat daripada kami," katanya yang menyindir sekaligus menafikan spekulasi itu.

Haaland diturunkan pada babak kedua ketika menentang Burnley pada Rabu lalu yang menyaksikan City menang 3-1.

Juara bertahan EPL itu akan turun ke gelanggang pada Isnin ini dengan dijadual menentang Brentford.

"Ya dia sudah bersedia. Kesemua pemain sedia untuk diturunkan kerana kesemua pemain bebas daripada masalah kecederaan. Sudah tentu pemain yang berada dibangku simpanan sudah bersedia untuk bermain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... waan-media-sepanyol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.187975 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list