View: 4202|Reply: 0
|
[Kelantan]
Penyeludup tak sempat jual 13.3 tan ayam sejuk beku
[Copy link]
|
|
Wan Jamal Abdul Salam (kanan) menunjukkan ayam sejuk beku yang dirampas dalam serbuan di Kampung Tebu, Pondok Tunjong di Kota Bharu, Kelantan semalam. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!
KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya mematahkan cubaan untuk menjual sebanyak 13.3 tan ayam sejuk beku seludup bernilai RM99,679 termasuk cukai selepas melakukan serbuan di depan sebuah rumah di Kampung Tebu, Pondok Tunjong di sini, semalam.
Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, dalam serbuan pada pukul 8 pagi itu, anggota JKDM turut merampas dua buah lori jenis Hino yang ditinggalkan di kawasan berkenaan.
Menurutnya, serbuan itu dijalankan apabila menerima maklumat sebelum Pasukan Operasi Bahagian Penguatkuasaan JKDM Kota Bharu menjalankan intipan selama dua minggu di kawasan tersebut.
“Pemeriksaan di dalam dua buah lori itu kemudiannya menjumpai sebanyak 13,350 kilogram ayam sejuk beku seludup yang dianggarkan bernilai lebih RM71,422 dengan jumlah cukai RM28,256.
“Dua buah lori yang ditinggalkan di lokasi kejadian bernilai RM80,000. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti pemilik lori dan ayam sejuk beku itu,” katanya pada sidang akhbar di Cawangan Penguatkuasaan JKDM Negeri Kelantan, di sini hari ini.
Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, siasatan mendapati, kesemua ayam sejuk beku itu diseludup dari negara jiran melalui pengkalan haram dengan menggunakan bot atau sampan.
Katanya, barangan itu kemudiannya dibawa menggunakan kenderaan penunpang, lori atau van untuk disimpan sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
Tambahnya, usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... an-ayam-sejuk-beku/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|