CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8584|Reply: 0

Sasaran tinggi bukti keyakinan FAM kepada skuad B-23

[Copy link]
Post time 31-1-2024 12:57 PM | Show all posts |Read mode

Skuad B-23 disasar layak ke separuh akhir Piala Asia di Qatar.

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Muda negara tidak seharusnya melihat sasaran untuk layak ke separuh akhir Piala Asia Bawah 23 (B-23) Tahun sebagai satu bebanan sebaliknya ia perlu menjadi motivasi terbaik bagi merealisasikan impian menggunung itu.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berpandangan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah pasti meletakkan sasaran itu kerana optimis dengan kemampuan skuad bimbingan Juan Torres Garrido untuk pergi lebih jauh pada kejohanan di Qatar yang akan berlangsung, April ini.

Jelas bekas pembantu jurulatih T-Team itu, tumpuan ketika ini adalah untuk memberi persiapan terbaik dan mengadakan kem latihan yang lebih kerap bagi memastikan mereka dapat membentuk skuad yang betul-betul mantap.

"Jadikan sasaran ini sebagai satu yang positif dan ia menjadi isyarat kepada pemain bahawa mereka ada sesuatu yang perlu mereka penuhi. Mereka datang untuk capai sasaran itu dan bukan datang setakat penuhi syarat panggilan.



"Jadi kita kena ada nilai tambah untuk pasukan, tambahkan lagi ilmu dan pengetahuan buat pemain selain pastikan kebersamaan yang lebih kerap. Inilah masanya yang terbaik untuk kita himpunkan mereka dengan lebih kerap untuk jalankan persiapan.

"Kebersamaan ini cukup penting untuk mewujudkan kerjasama dan kasih sayang antara satu sama lain. Ini memang perlu menjadi senjata pertama untuk skuad kita," kata Azlan.

Sebagai rekod, FAM meletakkan harapan untuk melihat skuad Harimau Muda yang diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait mara sehingga ke separuh akhir yang akan berlangsung di Doha, Qatar dari 15 April hingga 3 Mei depan.

Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, bagi memastikan harapan itu mampu dicapai, pihaknya akan berusaha keras menyediakan pasukan termasuk menghantar skuad Harimau Muda itu mengharungi beberapa aksi persahabatan berkualiti di luar negara.

Jelas Hamidin, sasaran ke separuh akhir itu bukan saja menempatkan pasukan selaku empat pasukan terbaik, malah berpeluang merebut tiket ke Sukan Olimpik Paris pada Julai ini, di mana tiga pasukan terbaik automatik mewakili Asia manakala satu lagi pasukan akan mengharungi saingan playoff menentang Guinea dari benua Afrika.
https://www.bharian.com.my/sukan ... m-kepada-skuad-b-23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.034101 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list