CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8989|Reply: 0

Kelab bola sepak dunia belanjakan RM45.5 bilion perpindahan antarabangsa

[Copy link]
Post time 31-1-2024 12:37 PM | Show all posts |Read mode

BELLINGHAM antara perpindahan yang menyumbang 10 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan. FOTO AFP

Paris: Kelab bola sepak di seluruh dunia membelanjakan AS$9.63 bilion (RM45.5 bilion) untuk perpindahan antarabangsa tahun lalu, mengatasi rekod sebelumnya yang ditetapkan pada 2019 sebanyak lebih daripada AS$2 bilion (RM9.46 bilion), menurut laporan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Angka terkini mewakili peningkatan 48.1 peratus (%) berbanding 2022 apabila perbelanjaan pemindahan mula meningkat semula selepas dua tahun diselubungi masalah pandemik Covid-19.

10 perpindahan pemain teratas pada 2023 menyumbang lebih 10% daripada keseluruhan perbelanjaan.

Ia termasuk perpindahan Jude Bellingham ke Real Madrid, Enzo Fernandez menyertai Chelsea dan Harry Kane menandatangani kontrak bersama Bayern Munich.



Kelab England, yang diketuai oleh Chelsea, sekali lagi mendahului senarai dengan gabungan nilai AS$2.96 bilion (RM14 bilion) - tiga kali ganda daripada Perancis, yang menduduki tempat kedua dalam senarai.

Kelab-kelab dari Arab Saudi memecah masuk ke dalam lima teratas buat kali pertama dengan perbelanjaan gabungan sebanyak AS$970 juta (RM4.5 bilion) berikutan pembelian ketara Neymar, Sadio Mane dan Riyad Mahrez.

Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema juga berpindah ke negara Teluk itu, tetapi dengan perpindahan percuma.

Chelsea diikuti oleh Paris Saint Germain (PSG), Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich sebagai lima pasukan berbelanja terbesar pada 2023.

Sebaliknya, pasukan Jerman menerima paling banyak dalam yuran perpindahan hampir AS$1.21 bilion (RM5.72 bilion) – dirangsang oleh jualan Bellingham (Borussia Dortmund) dan Randal Kolo Muani, yang meninggalkan Eintracht Frankfurt untuk ke PSG.

Kelab-kelab Portugal membawa masuk bilangan pemain terbanyak dari luar negara dengan 1,017 perpindahan masuk, manakala Brazil mengeksport paling banyak dengan jumlah 1,217 pemain.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -bilion-perpindahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 1.269983 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list