View: 10071|Reply: 0
|
[Kelantan]
Peniaga kosmetik tertekan isu jawatan persatuan peniaga
[Copy link]
|
|
Nurhaida menunjukkan gambar arwah suaminya. FOTO ROHANA MOHD. NAWI
KOTA BHARU – Seorang peniaga kosmetik yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, di sini dua minggu lalu dilihat mengalami tekanan perasaan yang melampau tiga hari sebelum kejadian.
Isteri kepada mangsa, Nurhaida Zahari@Ghazali, 40, berkata, suaminya, Norhisyam Ismail, 43, dipercayai tidak senang duduk dan amat tertekan apabila ada pihak yang cuba menjatuhkannya daripada jawatan pengerusi sebuah persatuan peniaga pasar malam.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan arwah memendam perasaan dan tidak menceritakan masalah tersebut kepada ahli keluarganya.
“Ada beberapa masalah yang arwah hadapi, namun dia enggan bercerita. Apa yang saya tahu, dia memang tertekan apabila ada yang cuba merampas jawatannya itu sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada September depan.
“Dia juga menghidap masalah jantung. Jadi, banyak masalah yang difikirkannya sehingga dilihat memudaratkan kesihatan,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini hari ini.
Terdahulu, mayat yang ditemukan terdampar di pesisir Pantai Suri, di sini petang semalam disahkan peniaga kosmetik yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong minggu lalu.
Mayat Norhisyam dijumpai kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia terjatuh.
Pengesahan itu dibuat isteri mangsa selepas membuat pengecaman berdasarkan seluar dan tali pinggang yang dipakai oleh Norhisyam sebelum kejadian.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -persatuan-peniaga/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|