View: 4776|Reply: 0
|
[Terengganu]
'Orang lain basuh rumah, saya tiada apa nak dibasuh rumah dah runtuh'
[Copy link]
|
|
Jalina Abdullah,42, tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kejadian banjir yang merosakkan sebahagian besar rumahnya. NSTP/ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
DUNGUN: Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu peribahasa menggambarkan nasib lapan sekeluarga apabila sebahagian besar bahagian rumah mereka di Kampung Shukor, Hulu Dungun runtuh akibat banjir luar biasa pada Khamis lalu.
Jalina Abdullah, 42, bersama suami, lima anak serta ibunya antara penduduk di kampung berkenaan yang kediaman mereka terjejas teruk.
Banjir besar yang berlaku itu menyebabkan hanya bahagian dapur yang diperbuat daripada konkrit sahaja terselamat.
Jalina Abdullah,42, tak dapat menahan sebak ketika menceritakan kejadian banjir yang merosakkan sebahagian besar rumahnya di Kampung Shukor, Hulu Dungun. - Video NSTP/ZATUL IFFAH ZOLKIPLY pic.twitter.com/58YQODgo9I
— Berita Harian (@bharianmy) January 29, 2024
Menurut Jalina, rumahnya boleh diibaratkan tongkang pecah sehingga dia tidak tahu bagaimana mahu membersihkan rumahnya.
Katanya, dia sendiri mendengar bunyi runtuhan dari bahagian bilik dan ruang tamu rumah ketika mahu membersihkan rumah kelmarin (Jumaat).
Bahagian ruang tamu dan bilik rumah Jalina Abdullah runtuh akibat banjir di Kampung Shukor, Hulu Dungun. - Foto NSTP/Zatul Iffah Zolkiply
"Memang terkejut bila ruang tamu dan dapur runtuh, sekarang ini, kami hanya berharap bahagian dapur ini sebagai tempat berteduh.
"Tak tahu nak bersih macam mana, rumah saya runtuh, orang lain sibuk membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur tapi saya cuma ambil barang yang ada di bahagian runtuhan itu," katanya yang bekerja sebagai kerani.
Menurut Jalina lagi, dia masih trauma dengan insiden banjir yang melanda kampungnya kali ini walaupun saban tahun menjadi mangsa banjir dengan kejadian terbaharu pada Disember lalu.
"Biasa jadi mangsa banjir tetapi kali ini, saya trauma dan adakalanya menangis apabila mengenangkan peristiwa ini.
"Saya juga buntu memikirkan nasib kami sekeluarga termasuk ibu yang rumahnya turut terjejas apatah lagi mengenangkan sesi persekolahan yang baru dan Ramadan juga semakin hampir," katanya.
Dalam pada itu, Jalina turut berterima kasih kepada semua pihak termasuk petugas keselamatan dan sukarelawan yang membantu dia dan keluarganya.
"Memang sedih dan tak boleh nak gambarkan macam mana tetapi dengan adanya bantuan daripada mereka ini, sekurang-kurangnya dapat memudahkan urusan kami, " katanya.
Penduduk di Kampung Shukor, Hulu Dungun membasuh baju yang kotor akibat banjir. - Foto NSTP/Zatul Iffah Zolkiply
Banjir besar yang berlaku pada Khamis lalu menyebabkan tiga buah rumah hanyut dan satu daripadanya hanya tinggal tangga dan tiang rumah di Kampung Shukor, Hulu Dungun.
Kejadian itu disifatkan bencana terburuk pernah dilalui mereka dalam tempoh 60 tahun di kampung berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berit ... uh-rumah-dah-runtuh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|