View: 3873|Reply: 0
|
[Kelantan]
Mayat peniaga kosmetik ditemui terdampar di Pantai Suri
[Copy link]
|
|
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui terdampar di pesisir Pantai Suri, Kota Bharu malam tadi. .FOTO IHSAN BOMBA
KOTA BHARU – Mayat yang ditemui terdampar di pesisir Pantai Suri, di sini petang semalam disahkan seorang peniaga kosmetik yang terjatuh ke Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong kira-kira dua minggu lalu.
Pengesahan tesebut dibuat oleh isteri kepada lelaki itu selepas membuat pengecaman seluar dan tali pinggang yang dipakai oleh mangsa, Norhisyam Ismail, 43, sebelum kejadian.
Seorang saksi, Mohd. Faiza Ibrahim, 44, berkata, dia mengetahui ada mayat terdampar di pantai itu selepas dihubungi oleh rakannya yang sedang memancing di kawasan berkenaan kira-kira pukul 6 petang.
Menurutnya, rakannya yang berusia dalam lingkungan 30-an ketika itu sedang mencari bekas untuk menimba air dari dalam perahunya sebelum terhidu bau busuk. Dia kemudiannya menjejaki bau busuk itu sebelum terjumpa mayat seorang terdampar di pesisir Pantai Suri.
“Selepas menghubungi talian kecemasan, saya membawa polis dan salah seorang ahli keluarga mangsa untuk membuat pengecaman,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian malam tadi.
Mohd.Faiza memberitahu, seorang wanita mengesahkan mayat itu merupakan suaminya selepas melihat seluar dan tali pinggang yang dipakai oleh mangsa sebelum kejadian.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jeti Kuala Besar di sini dengan bot bomba.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang peniaga produk kosmetik sempat menghubungi bapa mentuanya agar datang mengambil keretanya yang rosak sebelum dia terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong pada 15 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... par-di-pantai-suri/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|