CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2385|Reply: 0

'Berkat doa makcik'

[Copy link]
Post time 29-1-2024 09:55 AM | Show all posts |Read mode

‘MAKCIK dilihat berdoa ketika skuad negara ketinggalan 2-3 ketika menentang Korea Selatan.

Kuala Lumpur: Jika tangisan Derrick Gan menjentik emosi penyokong negara ketika aksi Korea Selatan berdepan Malaysia, satu lagi detik turut mencuri tumpuan sehingga menjadi tular di laman media sosial.

Pada aksi terbabit, jurukamera merakam detik di mana seorang penyokong wanita Harimau Malaya merapatkan kedua-dua tangannya sambil mulutnya terkumat-kamit dipercayai berdoa ketika perlawanan memasuki minit ke-13 masa tambahan.

Ketika itu, Korea Selatan sedang mendahului 3-2 dan selepas penyokong wanita itu 'berdoa', gerakan mencari gol dilancarkan Malaysia dan Paulo Josue melakukan hantaran kepada Romel Morales yang menyudahkannya untuk jaringan penyamaan Harimau Malaya.

Susulan itu, ramai pelayar Internet berpendapat doa penyokong wanita itu membantu Malaysia mendapatkan gol penyamaan sekali gus mengangkat individu itu sebagai antara wira tidak didendang.


Malah, rata-rata turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong wanita itu selain bersyukur atas kejayaan skuad bimbingan Kim Pan Gon mengikat pasukan di ranking ke-23 dunia itu.

Pengguna TikTok, rainz berkata 'iyaa wehh waktu makcik ni keluar, kita saja cakap haa makcik doa kuat sikit pastu goal huwaaaa' yang kemudiannya dibalas Urghhh dengan komen 'bila goal tadi mmg meremang satu badan.'

hiyyook pula meninggalkan komen 'terima kasih ya Allah kerna makbulkan doa beliau' sementara Bahar Rockers AEH 686 berkata 'ya saya perasan makcik tu berdoa smlm ..dpt lahh seri kita ya.'
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... 6/berkat-doa-makcik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.160882 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list