CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2309|Reply: 0

Tajikistan cipta sejarah layak suku akhir Piala Asia

[Copy link]
Post time 29-1-2024 09:51 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Tajikistan meraikan kejayaan bersama penjaga gol mereka selepas menewaskan UAE. FOTO AFP

AL Rayyan, Qatar: Tajikistan yang kali pertama tampil di Piala Asia mencipta kejutan dengan menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 5-3 menerusi penentuan penalti untuk mara ke suku akhir di Stadium Ahmed bin Ali awal pagi tadi.

Tajikistan mendahului menerusi jaringan Vahdat Hanonov di babak pertama sebelum Khalifa Al Hammadi menjadikan kedudukan 1-1 menerusi tandukan pada masa kecederaan.

Ketika penentuan penalti, sepakan pemain UAE Caio Canedo diselamatkan penjaga gol Rustam Yatimov sebelum Alisher Shukurov menyempurnakan penalti kemenangan untuk Tajikistan.

Tajikistan muncul hanya pasukan kedua yang tampil kali pertama di Piala Asia mara ke suku akhir sejak Australia melakukannya pada 2007 tetapi kali ini ia kejutan lebih besar berbanding Socceroos yang bertukar ke AFC.



Menduduki ranking di luar 100, skuad Asia Tengah kendalian Petar Segrt berada 42 anak tangga di bawah UAE yang mara ke separuh akhir edisi 2015 dan 2019.

"Tiada siapa di Tajikistan tidur malam ini," kata Segrt kepada wartawan. "Ketika 1-1 pada minit ke-94, semua orang tampak kecewa tetapi saya beritahu pemain supaya terus bersemangat. Jika anda jatuh, anda perlu bangkit.

"Saya jerit, ayuh, tiada yang mustahil. Jangan putus asa. Ini karakter pemain, jurulatih, negara dan semangat perjuangan.

"Akhirnya, ia mengenai tuah. Saya tahu impian saya, mahu ke peringkat seterusnya sekali lagi."

Tajikistan bakal mengetahui lawan mereka di suku akhir apabila Iraq menentang Jordan malam ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ku-akhir-piala-asia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.075760 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list