CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3591|Reply: 0

[Pulau Pinang] JANM adakan bengkel beri taklimat mengenai Wang Tidak Dituntut

[Copy link]
Post time 27-1-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode
JANM adakan bengkel beri taklimat mengenai Wang Tidak Dituntut

27 Januari 2024 03:07pm



Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying ketika bertemu pengamal media selepas melakukan lawatan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina di Pasar Chowrasta pada Sabtu. Foto Bernama




GEORGE TOWN - Kerajaan menerusi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan mengadakan bengkel bersama pejabat wakil rakyat di setiap negeri bagi memberikan taklimat berhubung Wang Tidak Dituntut (WTD).

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, inisiatif itu sebagai satu daripada usaha oleh kementeriannya bagi meningkatkan kesedaran orang ramai untuk membuat tuntutan memandangkan ketika ini jumlah terkumpul wang yang tidak dituntut masih tinggi iaitu RM11.7 bilion setakat 31 Disember lepas.



"Jika dilihat berdasarkan rekod setengah tahun lepas jumlah WTD adalah sekitar RM11.3 bilion dan meningkat kepada RM11.7 bilion dalam tempoh enam bulan yang ia merupakan satu jumlah yang besar.

"Semua ini adalah wang rakyat dari akaun bank, insurans dan dividen yang tidak dituntut justeru, bagi meningkatkan kesedaran untuk mereka membuat semakan dan tuntutan, kementerian menerusi JANM akan adakan bengkel bersama semua pusat khidmat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bermula di Pulau Pinang sebagai negeri pertama pada 6 Februari ini," katanya.



Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra bertemu peniaga bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pasar Chowrasta, di sini, pada Sabtu.

Menerusi bengkel itu, beliau berkata, pihak JANM akan memberikan taklimat dan penerangan terperinci kepada kakitangan di pejabat wakil rakyat supaya selepas itu mereka boleh membantu orang ramai untuk membuat semakan dan tuntutan, sekiranya ada jumlah WTD.

"Kita akan tengok dulu kejayaan projek rintis ini di Pulau Pinang dan akan tambah baik apa yang perlu. Sekiranya berjalan lancar, kita akan perluaskan bengkel ini di negeri-negeri lain supaya hebahan dapat dibuat seterusnya memberikan kesedaran kepada orang awam untuk semak dan tuntut wang yang merupakan hak mereka," katanya.

Beliau berkata, semakan juga boleh dibuat menerusi portal eGumis dan bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh 30 hari selepas melengkapkan tuntutan berserta dokumen diperlukan.


Hui Ying dalam pada itu menegaskan, kerajaan tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai ejen dalam urusan membuat semakan atau tuntutan, justeru beliau mengingatkan orang awam supaya tidak terpedaya dengan menjadi mangsa penipuan oleh pihak yang mengambil kesempatan.

Sementara itu, berhubung Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Hui Ying berkata jumlah peruntukan bagi fasa 1 pemberian sumbangan itu meningkat 26 peratus tahun ini kepada RM2.1 bilion berbanding RM1.6 bilion tahun lepas membabitkan 8.2 juta penerima yang layak.


"Tahun ini kerajaan menaikkan bayaran fasa 1 STR kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah berbanding bayaran maksimum RM300 tahun lepas, bagi membantu sebilangan besar rakyat menangani kesan peningkatan kos sara hidup," katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198865 Replies : 4651
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 10614 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41227 Replies : 250
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 1010 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 8371 Replies : 3
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.050528 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list